Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-Tempahan Asus ZenFone Max Pro M2 Akan Dibuka di Shopee Pada 12 Disember

Telefon pintar Asus ZenFone Max Pro M2 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Disember ini nampaknya akan mula dibuka untuk tempahan pada 12 Disember iaitu sehari selepas pelancaran.

Asus ZenFone Max Pro M2 ini dijangka akan ditawarkan didalam beberapa versi dan Shopee kini telah mengesahkan bahawa versi 6GB RAM dengan 64GB memori simpanan akan ditawarakan secara eksklusif di Shopee mulai 12 Disember ( mungkin didalam warna biru sahaj).

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai spesfikasi telefon pintar ini dikeluarkan namun ianya dilihat akan hadir dengan skrin paparan yang memiliki takukan dan sensor dwi-kamera dibelakang.

Selain itu, bercakap mengenai Asus ZenFone Max Pro M2 versi 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman pula, ianya mungkin akan ditawarkan di Lazada.

Buat masa ini kita tidak mempunyai sebarang maklumat harga Asus ZenFone Max Pro M2 di Malaysia namun ianya dijangka akan diumumkan minggu hadapan.

Tempahan Asus ZenFone Max Pro M2 melalui Shopee boleh dibuat di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.