Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX 2 akan dilancarkan secara rasmi 11 Disember ini

Vivo nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan generasi kedua telefon pintar Vivo NEX dan teaser mengenai telefon pintar ini telah pun dipaparkan di laman sesawang rasmi Vivo.

Vivo NEX 2 atau Vivo NEX S2 dijangka akan dilancarkan minggu hadapan iaitu pada 11 Disember dan ianya dijangka akan hadir dengan pilihan RAM sehingga 10GB dan 128GB memori simpanan dalaman.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai Vivo NEX 2 ini diketahui namun ianya dijangka akan hadir dengan tetapa tiga kamera dibelakang, pemproses Snapdragon 845, skrin paparan AMOLED dengan sensor capjari terbina dalam skrin generasi terbaru dan UI FunTouch OS.

Harga penjualan Vivo NEX 2 ini dijangka sekitar CNY 4,498 di pasaran China dan ianya turut akan memasuki pasaran antarabangsa seperti benua Eropah dan Malaysia.

sumber

Comments

comments