Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pegawai pemasaran ditahan kerana membuat laporan polis palsu untuk membeli iPhone baru setiap tahun

Seorang pengarah pemasaran syarikat telah dicekup polis selepas didapati melakukan laporan palsu bahawa beliau kehilangan barang peribadi beliau setelah diragut dengan kerugian yang ‘kononya’ berjumlah RM 110,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 34 tahun ini telah ditangkap selepas terdapat keraguan samada beliau betul-betul kehilangan barangan tersebut.

Keraguan ini hadir kerana terdapat beberapa laporan polis dari beliau yang mana pada laporan itu ada juga rekod beliau kehilangan/kecurian iPhone.

Selepas dilakukan siasatan, lelaki itu mengaku bersalah memberikan laporan palsu dan bertindak menjual kesemua barang yang dilaporkan di curi melalui laman mudah.my.

Beliau dikatakan mempunyai insurans tambahan bagi produk Apple milik beliau dan ini membolehkan beliau menaik taraf kepada model iPhone yang baru setiap tahun tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun ( mungkin dia guna balik duit jual iPhone tu).

Kes terbaru yang membuatkan beliau kantoi adalah beliau diragut oleh dua orang menaiki motosikal dengan produk Apple yang dicuri adalah Apple iPhone XS Max, Apple iPad Pro dan Apple MacBook Pro.

Idea lelaki ni untuk memiliki model iPhone yang baru setiap tahun adalah sesuatu yang tidak pasti pernah kita terfikir lebih-lebih lagi ianya melibatkan laporan polis palsu.

Selepas membaca laporan ini, kami berharap anda tidak akan mempunyai idea yang sama seperti lelaki ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.