Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ujian Beta EMUI 9.0 Bagi Nova 3 dan Nova 3i kini dibuka

Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa program ujian beta EMUI 9.0 bagi Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i akan bermula pada 5 Disember ini dan jika anda adalah pemilik model telefon pintar ini, anda juga boleh menyertai program ujian beta ini.

EMUI 9.0 adalah UI terbaru Huawei yang telah membuat penampilan sulung melalui telefon pintar siri Huawei Mate 20 iaitu Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20X.

Apa yang menarik pada EMUI 9.0 ini adalah, ianya akan membawakan anda kemaksini GPU 2.0 kepada Nova 3 dan Nova 3i.

Ujian beta EMUI 9.0 bagi pengguna Nova 3 dan Nova 3i di Malaysia sudah pasti disambut baik dan versi stabil ini akan mula ditawarkan kepada semua pengguna sejurus selepas ujian beta ini selesai (tanpa sebarang masalah).

Penyertaan ujian beta EMUI 9.0 boleh dibuat dengan melakukan langkah-langkah berikut :

  1. buka pautan : http://bit.ly/EMUI9BetaTesting (siapa cepat dia dapat )
  2. Muat turun and log masuk
  3. Sertai projek apabila ianya sudah sedia
  4. Tunggu sehingga ujian beta bermula pada 5 Disember ini.

Huawei Nova 3 dan Nova 3i kini ditawarkan pada harga dari RM 1,099 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.