Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple sahkan bahawa iPhone XR adalah model iPhone 2018 yang paling laris

Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa model telefon pintar iPhone termurah mereka iaitu iPhone XR adalah model paling laris sejak telefon pintar itu mula dijual bulan lalu.

Grek Joswiak, naik presiden pemasaran produk Apple telah mengesakan perkara ini dan beliau juga berkata penjualan iPhone XR adalah lebih baik berbanding iPhone XS dan XS Max setiap hari sejak mula dijual.

pengumuman terbaru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana penjualan ketiga-tiga model iPhone 2018 dilaporkan tidak menepati ramalan awal dan Apple telah mengurangkan pengeluaran kesemua model ini.

Selain itu, Apple juga telah mengumumkan tidak akan lagi mengeluarkan laporan akan jumlah unit Apple iPhone yang terjual bagi sesuatu tempoh dan ini dilihat adalah kerana penjualan iPhone yang semakin berkurang.

Apple iPhone XR kini ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga dari RM 3,599 dan ianya hadir dengan beberapa warna yang buat pertama kali diperkenalkan pada iPhone.

sumber

Comments

comments