Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG memfailkan paten bagi tetapan 16 kamera dibahagian belakang

LG dilaporkan telah memfailkan paten bagi satu modul kamera yang akan digunakan pada telefon pintar masa hadapan.

Ianya adalah tetapan sejumlah sensor 16 kamera dibahagian belakang dan kamera ini juga akan ditetapkan mengikut sudut yang berbeza.

Ianya adalah tetapan kamera 4×4 yang mana setiap kamera akan mempunyai darjah pandangan yang berbeza dan ini menjadikan setiap unit kamera mempunyai gambar yang berbeza (objek yang sama) dan kesemua gambar ini akan digabungkan menjadi satu gambar yang lengkap.

Selain itu, LG juga mempunyai penyelesaian untuk mengunaan 16 kamera dibahagian belakang ini untuk mengambil gambar selfie dan penyelesaian bagi ini dengan meletakkan skrin paparan kedua dibahagian belakang.

Ini juga tidak bermaksud kamera selfie akan disingkirkan sama sekali kerana kamera selfie juga boleh digunakan untuk panggilan video dan pengecaman wajah.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan akan bila telefon pintar dengan modul 16 kamera ini akan dikeluarkan namun LG dilihat telah memfailkan paten ini bagi melindungi inovasi terbaru mereka ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.