Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stor Rasmi Realme di Malaysia kini telah dibuka di Sunway Pyramid

Realme, jenama telefon pintar terbaru di Malaysia semakin mengembangkan pengaruh di pasaran tempatan dengan membuka stor rasmi fizikal yang pertama.

Stor rasmi fizikal Realme ini telah dibuka secara rasmi hari ini (24 November) dan stor pertama ini telah dibuka di pusat kembeli belah Sunway Pyramid (F1.36A).

Sempena pembukaan rasmi stor Realme ini, 50 pembeli pertama produk Realme akan menerima earphone premium bernilai RM 75 selain pewangi berjenama bernilai RM 299 secara percuma.

Selain itu, stor Realme ini turut menawarkan pelbagai aksesori bagi telefon pintar Realme seperti gelas pelindung skrin dan bekas pelindung peranti.

Menyentuh mengenai harga, Realme 2 Pro ini akan hadir dengan harga penjualan RM 849 (4GB/64GB), RM 949 (6GB/64GB) dan RM 1099(8GB/128GB). 

Harus kami ingatkan bahawa harga penjualan Realme 2 Pro di Shopee adalah lebih rendah iaitu RM 799, RM 899 dan RM 999 mengikut kapasiti yang ditetapkan.

Realme 2 pula hadir dengan harga penjualan RM 599 bagi versi 3GB/32GB dan RM 699 bagi versi 4GB/64GB.

Selain itu, Realme C1 yang berjaya mencapai penjualan 1,000 unit didalam masa sejam di Lazada turut ditawarkan di stor rasmi Realme ini dengan harga penjualan RM 449 (harga di Lazada RM 399 sahaja).

Selain stor rasmi Realme ini, Realme juga telah mengesahkan bahawa kesemua produk rasmi Realme boleh dibeli di lebih 500 wakil penjual sah diseluruh negara termasuk Directd, Vivid dan banyak lagi (senarai penuh dibawah).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.