Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

1,000 unit Realme C1 berjaya dijual dalam masa 60 minit

Realme 2 Pro, telefon pintar yang mendapat sambutan luar biasa di Malaysia kini mempunyai pesaing terbaru dan ianya adalah dari keluarga Realme sendiri.

Realme C1 yang mula dijual di Malaysia pada harga RM 399 telah mencipta rekod penjualan yang menarik.

Sebanyak 1,000 unit Realme C1 telah berjaya dijual di Lazada pada penjualan pertama yang berlangsung pada 22 November (200 unit didalam 60 saat pertama selepas penjualan bermula).

Realme C1 ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.2-inci, pemproses Snapdragon 450, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,320mAh.

Kamera Realme C1 adalah sensor dwi-kamera dibahagian belakang iaitu kombinasi 13MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Selain itu, Realme C1 juga memiliki sokongan tri-SIM (2 SIM nano + 1 microSD), ColorOS 5.1 dan reka bentuk panel berkilat seperti telefon pintar Realme 2 Pro.

Realme C1 ini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru.

Beli Realme C1 melalui Lazada di SiNi

(penjualan kilat seterusnya adalah pada jam

10 pagi 29 November 2018)

Comments

comments