Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V11i kini hadir dengan harga penjualan RM 1,099 sahaja

Sempena perayaan Krismas yang bakal menjelang tiba, Vivo telah mengumumkan bahawa telefon pintar Vivo V11i akan ditawarkan pada harga penjualan yang lebih rendah iaitu RM 1099 sahaja.

Mulai 23 November, Vivo V11i akan hadir dengan harga penjualan baru ini dan ianya adalah RM 200 lebih murah berbanding harga ketika pelancaran.

Vivo V11i pula adalah versi V11 yang lebih murah dan ianya hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses Helio P60 daripada MediaTek, 4GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,315mAh.

Bercakap mengenai kamera pula, Vivo V11i hadir dengan kamera utama 16MP + 5MP selain kamera selfie 25MP.

Vivo V11i juga kehilangan sensor capjari dalam skrin namun hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang.

Selain Vivo V11i, Vivo juga telah mengumumkan penawaran Vivo Y81i pada harga RM 499 iaitu penjimatan RM 100 berbanding harga sebelum ini.

Promosi istimewa ini boleh dinikmati di semua kedai konsep Vivo di seluruh negara selain di saluran online seperti di Lazada, Shopee, 11 street, Lmall dan e-stor rasmi Vivo  di http://www.vivostore.com.my.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.