Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A9 akan mula dijual di Malaysia 23 November ini pada harga RM 1,999

Telefon pintar pertama didunia dengan tetapan 4 kamera dibelakang iaitu Samsung Galaxy A9 akan mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999 sahaja.

Samsung Galaxy A9 ini akan mula dijual pada 23 November ini dan Samsung juga akan menganjurkan roadshow khas di tiga lokasi selama tiga hari ( 23 November – 25 November 2018) dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 783.

Tiga lokasi Roadshow Samsung Galaxy A9 adalah di OneUtama( Selangor), Gurney Plaza (Pulau Pinang) dan City Square(Johor).

Galaxy A9  memiliki skrin paparan Infinity Display AMOLED FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses 8-teras , 6GB RAM (Versi 8GB RAM turut ditawarkan dibeberapa negara) dan bateri berkapasiti 3,800mAh yang turut memiliki pengecasan pantas.

Samsung Galaxy A9 hadir dengan 4 sensor kamera dibahagian belakang iaitu sensor utama 24MP, sensor lensa lebar 8MP, lensa telefoto 10MP dan lensa bokeh 5MP.

Bercakap mengenai kamera selfie yang dimiliki oleh Galaxy A9 ini, ianya adalah kamera 24MP dengan lensa lebar 120 darjah, kamera selfie ini juga memiliki teknologi pro-lighting sama seperti potrait-lighting yang digunakan pada iPhone, selfie focus dan banyak lagi.

Samsung Galaxy A9 akan hadir didalam tiga pilihan warna dan terdapat warna gradiasi yang juga pertama kali diperkenalkan pada peranti Samsung.

Tiga warna tersebut adalah gradiasi biru, gradisi merah jambu dan hitam.

Samsung Galaxy A9 akan hadir dengan memori simpanan dalaman 128GB, sensor capjari dibahagian belakang dan slot kad microSD yang menyokong sehingga 512GB.

Selain Galaxy A9, Samsung turut memperkenalkan Galaxy A7 yang diumumkan sebelum ini. Baca maklumat mengenai Galaxy A7 di SiNi

Comments

comments