Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699

Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 1

Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo R17 Pro ke pasaran Malaysia dan telefon pintar ini hadir dengan mewarisi beberapa spesifikasi terbaik dari Oppo Find X.

Oppo R17 Pro ini hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.4-inci yang memiliki reka bentuk skrin waterdrop seperti pada Oppo F9.

Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 2

Oppo R17 Pro juga menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla 6 selain nisbah skrin kepada rangka 91.5%.

Oppo R17 Pro juga hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 710, 8GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan sensor capjari terbina pads skrin (tiada sensor capjari fizikal).

Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 3

Bercakap mengenai kamera belakang Oppo R17 Pro, ianya memiliki tiga sensor kamera yang mana salah satu daripada sensor kamera ini adalah unit 12MP yang memiliki aperture boleh ubah f/1.5-f/2.4 yang dikatakan sama seperti pada Galaxy Note9 dan Galaxy S9+.

Sensor kedua pula adalah unit 20MP manakala unit kamera ketiga adalah kamera 3D TOF yang mempunyai fungsi pengambilan gambar 3D dan banyak lagi.

Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 2

Oppo R17 Pro juga memiliki kamera selfie 25MP yang mempunyai aperture f/2.0 dan sudah pastinya dengan teknologi AI Beauty.

Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 5

Oppo R17 Pro juga hadir dengan ciri yang tidak dimiliki oleh versi biasa Oppo Find X iaitu teknologi pengecasan pantas 50W SuperVOOC yang hanya ditawarkan pada Oppo Find X edisi Lamborghini.

Bateri Oppo R17 Pro ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 1,850mAh setiap satu (3,700mAh) dan menjanjikan pengecasan ke tahap 40% didalam masa 10 minit sahaja.

Oppo R17 Pro juga hadir dengan ColorOS 5.2 yang berasaskan Android 8.1 Oreo.

Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 6Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 7Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 8

Oppo R17 Pro akan ditawarkan didalam warna gradiasi ungu, hijau ‘emerald’ dan hitam dengan harga penjualan RM 2,699

Tempahan bagi Oppo R17 Pro boleh dibuat secara atas talian di Shopee, Lazada dan 11street.

Selain itu, Tempahan Oppo R17 Pro ini juga boleh dibuat di kedai konsep Oppo, Celcom Blue Cube, Senheng dan SenQ.

Setiap tempahan Oppo R17 Pro akan menerima satu unit Olike Neo Sportband bernilai RM 389 secara percuma.

Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 9Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 10Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 11Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 12Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 13Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 14Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 15Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 16Oppo R17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 17

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.