Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme C1 akan mula ditawarkan pada 22 November ini pada harga RM 399 sahaja

Realme C1 akan mula ditawarkan pada 22 November ini pada harga RM 399 sahaja 1

Sejak memasuki pasaran Malaysia, telefon pintar Realme telah mendapat sambutan yang sangat baik iaitu bagi model Realme 2 Pro yang ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 799 sahaja.

Realme 2 Pro mendapat sambutan yang baik di Malaysia

Realme nampaknya mahu meneruskan momentum ini dengan menawarkan satu lagi model telefon pintar mereka ke pasaran tempatan iaitu Realme C1.

Realme C1 akan mula ditawarkan pada 22 November ini pada harga RM 399 sahaja 2

Realme C1 akan ditawarkan di Malaysia mulai 22 November ini secara eksklusif di Lazada pada harga penjualan istimewa RM 399 sahaja dan harga promosi ini adalah untuk tempoh satu bulan.

Realme C1 ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.2-inci, pemproses Snapdragon 450, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,320mAh.

Realme C1 akan mula ditawarkan pada 22 November ini pada harga RM 399 sahaja 3

Kamera Realme C1 adalah sensor dwi-kamera dibahagian belakang iaitu kombinasi 13MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Selain itu, Realme C1 juga memiliki sokongan tri-SIM (2 SIM nano + 1 microSD), ColorOS 5.1 dan reka bentuk panel berkilat seperti telefon pintar Realme 2 Pro.

Realme C1 akan mula ditawarkan pada 22 November ini pada harga RM 399 sahaja 4

Penjualan Realme C1 akan bermula tepat pada pukul 10 pagi 22 November ini dengan harga penjualan RM 399 dan ianya adalah eksklusif di Lazada sahaja.

Realme C1 ini akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru.

Beli Realme C1 melalui Lazada di SiNi

https://mobilefokus.com/2018/11/05/ulasan-realme-2-pro-telefon-pintar-kelas-pertengahan-terbaik-di-pasaran/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.