Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mod Super Night Honor 8X Membawa Penggambaran Waktu Malam Ke Satu Tahap Yang Baru

Mod Super Night Honor 8X Membawa Penggambaran Waktu Malam Ke Satu Tahap Yang Baru

Teknologi fotografi pada telefon pintar telah menunjukkan kemajuan yang sangat drastik khususnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebagai anak syarikat Huawei, Honor turut menjadi antara peneraju teknologi fotografi pada telefon pintar dengan pelaburan besar didalam kajian dan pembangunan teknologi baru.

Sejak pelancaran telefon pintar pertama didunia dengan tetapan dwi-kamera iaitu Honor 6 Plus beberapa tahun lalu sehingga lah Honor 8X dengan teknologi kamera AI, fotografi kini bukan terhad kepada golongan profesional sahaja.

Apabila menyebut sahaja pengambilan gambar pada telefon pintar, sudah diketahui umum bahawa hampir semua model telefon pintar mempunyai pretasi yang baik ketika mengambil gambar pada waktu cerah dan dengan pencahayaan yang baik.

Walaubagaimanapun lain pula ceritanya apabila kita memperkatakan mengenai pengambilan gambar pada waktu malam dengan perbezaan yang terlalu drastik.

Pengambilan gambar waktu malam sering menghantui pengeluar telefon pintar dan ianya turut melibatkan kebanyakkan telefon pintar kelas flagship yang mencecah ribuan ringgit.

Bagi seseorang yang mementingkan setiap saat penggambaran, gambar pada waktu malam melalui telefon pintar adalah sangat berbeza dengan gambar yang diambil menggunakan kamera profesional.

Untuk meningkatkan keberkesanan fotografi pada waktu malam atau membawanya setaraf dengan kamera profesional, Honor telah mencuba sedaya upaya untuk menawarkan teknologi fotografi malam yang lebih efektif.

Dengan pelaburan yang besar, maka wujudlah mod pengambilan gambar waktu malam yang dikenali sebagai Super Night Scene dengan fungsi utama mod penggambaran ini adalah untuk meningkatkan jumlah cahaya yang ditangkap sekaligus meningkatkan kecerahan dan kualiti gambar ini.

Walaubagaimanapun, kelemahan kronik teknologi fotografi ini adalah anda harus memegang telefon pintar ini untuk satu tempoh tertentu tanpa sebarang gegaran. Ini menjadikan pengunaan tripod bagi penggambaran mod malam ini menjadi satu kemestian.

Walaupun kombinasi tripod dan mod penggambaran mod malam yang ditawarkan pada Honor 8X mampu menghasilkan gambar malam yang luar biasa, membawa tripod ke mana-mana bukan sesuatu yang mudah yang mungkin menyebabkan anda terlepas detik-detik penting yang mungkin hanya berlaku sekali dalam seumur hidup.

Walaubagaimanapun, Honor kini telah menemui penyelesaian bijak bagi masalah ini dan Honor 8X menjadi antara telefon pintar yang bernasib baik untuk menerima teknologi penggambaran malam terbaru yang berasaskan AI.

Hasil pengunaan fungsi AI pada pemproses Kirin 710 dan teknologi pengstabilan imej AI (AIS), pengalaman fotografi pada waktu malam kini tidak lagi sama.

Apabila mod malam dipilih, kamera AI Honor 8X akan mengesan samada telefon pintar dipegang oleh pengguna dan akan memastikan waktu pengambilan gambar yang lebih singkat dan melakukan optimasi anti-gegaran AIS untuk hasil gambar mod malam yang sempurna didalam masa 5 saat sahaja.

Pengambilan gambar mod malam tradisional adalah dengan pembukaan sensor yang lebih lama sebelum menggabungkan gambar melalui algoritma tertentu.

Walaubagaimanapun, apabila gegaran adalah terlalu banyak, gambar menjadi kabur dengan pegerakkan objek atau subjek boleh dilihat pada hasil akhir.

Walaubagaimanapun dengan teknologi AIS pada Honor 8X, gambar mod malam anda boleh dikatakan hampir 100% tidak akan mempunyai sebarang kekaburan ketara yang mampu merosakkan hasil akhir gambar ini.

Dengan kuasa penganlisaan AI yang berkuasa tinggi, kamera AI Honor 8X mampu mengesan titik penting setiap bingkai gambar untuk memastikan bingkai tersebut adalah sama dengan bingkai pertama dan memastikan hasil akhir gambar yang terbaik kualitinya tanpa terlalu banyak kekaburan dan gegaran.

Lebih lanjut, mod malam Honor 8X ini bukan hanya mampu melakukan kalibirasi skrin, menyingkirkan gegaran malah mampu mengesan persekitaran sekeliling.

Apabila anda membuka sahaja aplikasi kamera, AI pada Honor 8X akan melakukan pengimbasan persekitaran, memilih bingkai mengikut kualiti gambar, membuang gambar yang kabur dan melakukan proses pembuangan gangguan sebelum hasil gambar mod malam ini diberikan kepada anda.

Kesemua proses AI ini berlaku didalam masa beberapa saat sahaja.

Dengan potensi luar biasa yang dimiliki oleh kamera AI Honor 8X, seseorang itu harus pandai untuk menggunakan mod malam ini pada waktu dan keadaan yang tepat.

Pengalaman penggambaran sebenar hanya akan diperoleh apabila anda telah mencuba sendiri mod Super Night yang ditawarkan pada Honor 8X ini.

Honor harus diberikan pujian kerana berjaya membawa ciri-ciri penggambaran kelas flagship seperti mod Super Night ini kepada telefon pintar dibawah harga penjualan RM 1,000 seperti Honor 8X.

Honor 8X merupakan telefon pintar Honor paling laris di Malaysia kini hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam,biru dan merah dengan harga penjualan RM 949 dan pembelian boleh dibuat secara atas talian di Hihonor atau Shopee Malaysia.

*kesemua gambar mod malam ini diambil oleh kami di kawasan sekitar Putrajaya, tiada sebarang edit dilakukan pada mana-mana gambar yang diambil menggunakan Honor 8X ini.

Berikut adalah lebih banyak gambar yang diambil menggunakan mod Super Night Honor 8X.

https://mobilefokus.com/2018/11/11/ulasan-honor-8x-lebih-banyak-ciri-ciri-telefon-pintar-flagship-pada-harga-rm-949/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.