Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi A2 dilaporkan telah mula menerima kemaksini Android 9.0 Pie

Xiaomi Mi A2 dilaporkan telah mula menerima kemaksini Android 9.0 Pie 1

Telefon pintar Android One generasi kedua Xiaomi iaitu Mi A2 yang dilancarkan awal tahun ini kini dilaporkan telah mula menerima kemaskini Android 9.0 Pie.

Versi stabil Android Pie ini akan membawakan pelbagai ciri baru Android 9.0 iaitu navigasi isyarat, teknologi adaptive battery, kecerahan skrin dan banyak lagi.

Selain itu, bersama-sama kemaskini Android Pie,  Xiaomi turut menyertakan kemaksini keselamatan bagi bulan November.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan samada pengguna Mi A2 si Malaysia sudah menerima kemaksini Android Pie ini ataupun tidak namun pengguna di India dilaporkan telah mula menerimanyaZ

Saiz kemaskini Android Pie ini adalah sekitar 1GB dan bagi pengguna yang masih belum menerima kemaskini ini, anda boleh melihatnya dibahagian tetapan.

Selain Mi A2, Mi A2 Lite akan turut menerima kemaskini Android Pie.

Selain itu, Mi A1 yang merupakan generasi pertama telefon pintar Android One masih belum mempunyai sebarang status bagi Android Pie walaupun ianya pernah dikatakan akan menjadi antara telefon pintar terawal untuk menerima Android Pie.

Xiaomi Mi A2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 bagi versi 4GB/64GB dan RM 1099 bagi versi 6GB/128GB.

Beli Xiaomi Mi A2 melalui Lazada di sini

sumber

https://mobilefokus.com/2018/08/07/ulasan-xiaomi-mi-a2-telefon-pintar-android-one-dengan-kamera-kelas-flagship/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.