Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi Asus ZenFone Max Pro M2 dan ZenFone Max M2 telah didedahkan

Spesifikasi Asus ZenFone Max Pro M2 dan ZenFone Max M2 telah didedahkan 1

Selepas menyaksikan penjualan yang baik sepanjang tahun ini, Asus dilihat pasti mahu meneruskan momentum ini pada tahun 2019.

Sebagai permulaan kepada pelancaran generasi baru telefon pintar Asus ini, dua model telefon pintar yang akan diperkenalkan sebelum tirai 2018 ditutup adalah Asus ZenFone Max Pro M2 dan ZenFone Max M2 yang merupakan model gantian kepada Asus ZenFone Max Pro M1 dan Asus ZenFone Max M1.

Pemberi maklumat terkenal, Roland Quandt kini telah mendedahkan maklumat rasmi mengenai telefon pintar Asus yang masih belum dilancarkan ini.

Menyentuh mengenai spesifikasi Asus ZenFone Max Pro M2, ianya dijangka akan hadir skrin paparan FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses Snapdragon 660, 4GB RAM dan dua kapasiti memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB (versi 6GB RAM mungkin ditawarkan dipasaran Malaysia).

ZenFone Max Pro M2 juga dijangka akan hadir dengan tetapan tiga kamera namun tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan tetapan ini iaitu samaada 3 kamera dibelakang atau dua dibelakang dan satu dihadapan.

ZenFone Max Pro M2 disahkan akan hadir dengan tetapan dwi-kamera yang mana sensor utama adalah 13MP.

Spesifikasi Asus ZenFone Max Pro M2 dan ZenFone Max M2 telah didedahkan 2

Bercakap mengenai Asus ZenFone Max M2 pula, ianya akan turut memiliki skrin paparan FHD+ 6.0-inci, Snapdragon 636, 4GB RAM dengan dua kapasiti memori dalaman iaitu 32GB atau 64GB.

Walaupun ianya datang dari sumber yang boleh dipercayai, ianya hanya sekadar khabar angin selagi Asus belum mengesahkan maklumat mengenai telefon pintar ini.

Bagi pasaran Malaysia, kita mungkin menyaksikan kedua-dua telefon pintar ini memasuki pasaran tempatan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.