Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note9 kini ditawarkan didalam edisi ungu lavender

Selepas melancarkan Samsung Galaxy Note9 ke pasaran Malaysia pada bulan Ogos lalu, Samsung  Mobile Malaysia kini telah mengumumkan bahawa warna ungu telah mula ditawarkan ke pasaran tempatan.

Samsung Galaxy Note9 kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 3,699

Warna ungu ini menyertai tiga warna Samsung Galaxy Note9 yang sediada iaitu biru, hitam dan tembaga namun harus kami maklumkan bahawa warna ungu ini hanya ditawarkan didalam kapasiti tertinggi iaitu 6GB + 512GB yang bernilai RM 4,599.

Selain itu, mulai 9 hingga 30 November 2018, setiap pembelian Samsung Galaxy Note9 didalam warna ungu ini akan menerima satu kad microSD berkapasiti 512GB bernilai RM 1,199 secara percuma.

Ini bermaksud anda akan mempunyai akses memori sekitar 1,000GB pada telefon pintar Samsung Galaxy Note9 ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Note9 – Jelmaan semula Galaxy S9 Plu dengan S-Pen Bluetooth

Samsung Galaxy Note9 ini turut hadir didalam kapasiti 4GB + 128GB yang ditawarkan pada harga RM 3,699 namun anda boleh mendapatkan rebat serta merta bernilai RM 400 (sehingga 2 Disember ini).

Promosi rebat RM 400 ini turut boleh digunakan untuk pembelian Samsung Galaxy Note9 versi 512GB namun Galaxy Note9 warna ungu tidak layak untuk menerima rebat ini.

Beli Galaxy Note9 di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.