Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN: Honor 8X – lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 1

ULASAN: Honor 8X – lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949

Pendahuluan

Honor Malaysia sekali lagi telah tampil dengan penawaran telefon pintar baru yang dilihat bakal merevolusikan lagi pasaran telefon pintar kelas pertengahan.

Honor 8X adalah telefon pintar yang kami maksudkan dan ianya dilihat sebagai telefon pintar kelas pertengahan Honor yang tudut membawa beberapa ciri-ciri kelas flagship.

Honor 8X yang kini ditawarkan di Malaysia dengan harg penjualan RM 949 telah berjaya menambat hati ramai pengguna dan kami juga telah diberikan peluang untuk mencuba Honor 8X ini.

Berikut adalah Ulasan Honor 8X yang merupakan telefon pintar paling baik dibawah harga RM 1,000.

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 2

Skrin paparan

Honor 8X hadir dengan skrin paparan berukuran 6.5-inci yang mana ianya ditempatkan pada rangka 5.5-inci.

Ini memberikan Honor 8X nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 91% dan ianya masih mempunyai notch namun anda masih mempunyai pilihan untuk menyorokkan takukan ini pada tetapan skrin. ( dengan pengunaan latar berlakang berwarna hitam pada keliling skrin).

Skrin Honor 8X ini adalah panel LCD 19:5:9 dengan resolusi skrin 1080 x 2340 yang mana resolusi ini adalah lebih padat dan panel skrin yang besar sudah pasti akan minati oleh gamers dan yang suka menonton video.

Lebih menarik, Honor 8X juga menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pensijilan skrin lampu biru rendah TÜV Rheinland.

Ianya juga memiliki mod eye comfort, mod malam dan mod pada cahaya yang tinggi.

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 3

Reka bentuk

Honor 8X hadir dengan reka bentuk yang sangat premium dan ianya hadir dengan penampilan yang pasti tidak ramai percaya akan ditawarkan pada peranti dengan harga penjualan serendah ini.

Jika pada panel hadapan, Honor 8X ini dipenuhi dengan skrin paparan bersaiz 6.5-inci, panel belakang juga hadir dengan penampilan gelas dwi-tona yang dikatakan berinspirasikan kamera digital retro.

Panel belakang ini juga memiliki sensor capjari yang pantas selain penjenaaman AI yang melintang.

Walaupun hadir dengan kemasan yang sangat berkilau, Honor tidak menawarkan warna gradiasi pada Honor 8X yang masih dilihat sebagai ciri kelas flagship (walaupun syarikat lain telah mula menawarkan warna-warna gradiasi pada telefon pintar yang lebih murah).

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 4

Pemproses

Honor 8X menjadi telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan pemprose Kirin 710 yang membawakan beberapa ciri AI pada harga yang lebih yang berpatutan.

Kirin 710 adalah pemproses yang menggantikan Kirin 695 yang mana prestasi GPU adalah 130% lebih baik manakala prestasi satu teras meningkat sebanyak 75%.

Honor 8X akan hadir dengan GPU Turbo yang menjanjikan peningkatan pretasi pemprosesan sebanyak 60% namun pada masa yang sama dengan penjimatan bateri sebanyak 30%.

Honor 8X turut dipadankan dengan 4GB RAM dengan kapasiti memori simpanan dalaman 128GB namun anda masih boleh menambah kapasiti memori dalaman sehingga 400GB dengan pengunaan slot microSD.

Ianya adalah slot berasingan yang bermaksud anda masih boleh menggunakan dua kad SIM bersama-sama satu kad microSD.

5 Fakta yang anda perlu tahu tentang Honor 8X

Prestasi Honor 8X adalah sangat mencukupi tanpa sebarang lembapan atau lag ketika pengunaan peranti manakala prestasi gaming Honor 8X juga berada pada tahap yang baik walaupun tidak setaraf peranti yang memiliki pemproses flagship Kirin 970.

Selain itu, Honor 8X juga hadir dengan EMUI 8.2 yang menawarkan pretasi UI yang memuaskan dan mudah pengunaanya.

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 5

Kamera

Honor 8X hadir dengan kamera utama dwi-sensor 20MP + 2MP yang turut memiliki fungsi AI yang rata-ratanya diwarisi daripada telefon pintar kelas flagship.

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 6

Hasil gambar daripada Honor 8X adalah bergantung kepada cahaya persekitaran ketika anda mengambil gambar dan mod AI pada telefon pintar ini adalah sesuatu fungsi yang pasti anda akan guna selalu.

Honor 8X mampu mengesan 500 senario penggambaran didalam 22 kategori dan akan menawarkan tetapan kamera terbaik untuk memastikan gambar yang anda ambil adalah berkualliti tinggi.

Selain itu, Honor 8X juga hadir dengan rakaman video gerak perlahan 480fps pada resolusi 720p samada secara automatik ataupun manual.

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 2

Pada bahagian hadapan, Honor 8X disertakan dengan kamera 16MP yang turut hadir dengan sokongan AI dan Backlight Portrait Selfie.

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 8

Kamera hadapa Honor 8X turut mempunyai fungsi tambahan sebagai sensor yang digunakan untuk ciri pengecaman wajah.

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 9

Bateri

Honor 8X hadir dengan bateri berkapasiti 3,750mAh yang merupakan kapasiti yang baik bagi telefon pintar dengan skrin paparan 6.5-inci ini.

Honor 8X tidak hadir dengan apa-apa sokongan pengecasan pantas 

Pengecasan masih dilakukan melalui slot microUSB dan bukanya USB-C.

Dengan pemproses Kirin 710, Honor 8X hadir dengan pakej yang mampu menawarkan anda jangka hayat bateri yang mampu melebihi pengunaan harian anda.

Penutup

Honor 8X telah terbukti sebagai telefon pintar yang serba lengkap yang turut mewarisi beberapa ciri-ciri menarik yang kebiasaanya hanya ditawarkan pada peranti kelas flagship.

Walaupun hanya beberapa bulan dipasaran, Honor 8X telah diangkat sebagai telefon pintar paling laris di pasaran Malaysia dengan penjualan hari pertama sahaja habis didalam masa 20 minit.

Honor 8X kini ditawarkan didalam warna merah

Honor 8X kini ditawarkan di Malaysia didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan merah dengan harga penjualan RM 949.

Anda boleh beli Honor 8X di SINI

Gambar-gambar yang diambil menggunakan Honor 8X

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 10ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 11ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 12ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 13ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 14

ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 8ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 16ULASAN: Honor 8X - lebih banyak ciri-ciri telefon pintar flagship pada harga RM 949 17

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.