Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme C1 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga serendah RM 399

Realme, anak syarikat Oppo kini telah mengembangkan sayapnya ke pasaran Malaysia dengan pelancaran beberapa model telefon pintar Realme termasuk Realme 2 Pro.

Tiga model Realme yang akan memulakan perjalanan jenama ini di Malaysia adalah Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme C1.

Realme 2 Pro

Realme 2 Pro hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci dengan reka bentuk panel skrin ‘dew-drop’, pemproses Snapdragon 660, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman (versi 4GB/64GB dan 6GB/64GB turut akan ditawarkan).

Realme 2 Pro juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 16MP f/1.7 + 2MP yang mana sensor kedua ini mempunyai fungsi penting ketika pengambilan mod portrait.

selain itu, Realme 2 Pro juga hadir kamera selfie 16MP yang memiliki aperture f/2.0 dan ianya turut hadir dengan teknologi kecantikan berasaskan AI yang mampu mengesan 296 titil wajah dan menawarkan 8 juta personalisasi kecantikan.

Selain itu, Realme 2 Pro juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang, Color OS 5.2 berasaskan Android Oreo dan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Realme 2 Pro akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee mulai 11 November ini dan akan dijual pada harga yang lebih murah seperti berikut :

Realme 2 Pro 4GB+64GB – RM 799 (harga asal RM 899

Realme 2 Pro 6GB+64GB – RM 899 (harga asal RM 999)

Realme 2 Pro 8GB+128GB – RM 999 (harga asal RM 1099)

Realme 2 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru.

https://mobilefokus.com/2018/11/05/ulasan-realme-2-pro-telefon-pintar-kelas-pertengahan-terbaik-di-pasaran/

Realme 2

Realme 2 pula merupakan versi yang lebih murah berbanding versi pro dan ianya hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 450, dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB RAM/64GB selain bateri berkapasiti 4,230mAh.

Realme 2 juga hadir dengan tetapa dwi-kamera dibelakang namun ianya adalah kombinasi kamera 13MP + 2MP manakala kamera selfie hanya lah unit 8MP dengan aperture f/2.2.

Realme 2 juga menampilkan reka bentuk panel belakang ‘diamond cut’ seperti pada Oppo F9 dan akan ditawarkan didalam warna hitam dan merah.

Realme 2 akan memasuki pasaran Malaysia mulai 24 November dengan harga RM 599-RM 699 dan pembelian boleh dibuat melalui wakil penjual terpilih seperti Vivid, Mobile to go, Seven Mobile dan Directd.

Realme C1

Selain dua model dari Realme 2, Realme turut membawa masuk Realme 1C yang merupakan model paling murah yang ditawarkan syarikat ini.

Realme C1 ini juga hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.2-inci, pemproses Snapdragon 450, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,320mAh.

Kamera Realme C1 adalah sensor dwi-kamera dibahagian belakang iaitu kombinasi 13MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 2MP.

Realme C1 akan mula memasuki pasaran pada 22 November dan telefon pintar termurah daripada Realme ini akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada sahaja dengan tawaran menarik selama sebulan iaitu pada harga RM 399 (harga asal RM 449).

Realme C1 akan ditawarkan didalam warna biru dan hitam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.