Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 5.1 Plus kini dijual di Malaysia dengan harga penjualan RM 899

HMD Global telah melancarkan Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus ke pasaran Malaysia pada bulan September yang lalu dan Nokia 5.1 Plus kini telah mula ditawarkan dengan harga penjualan RM 799.

Nokia 6.1 Plus kini ditawarkan di Malaysia

Nokia 5.1 Plus adalah nama antarabangsa bagi Nokia X5 yang telah mula ditawarkan di pasaran China.

Nokia 5.1 Plus ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 5.8-inci dengan nisbah skrin-kepada-rangka 84%, pemproses MediaTek Helio P60, 3GB RAM yang dipadankan bersama 32GB  storan dalaman.

Nokia 5.1 Plus ini juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang, kamera utama 13MP + 5MP  dengan aperture f/2.0, kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.2 yang turut menyokong mod AI Portrait.

Nokia 5.1 Plus ini juga memiliki bateri berkapasiti 3,060mAh dan Sistem operasi Android 8.1 (Android One).

Nokia 5.1 Plus ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru dan pembelian boleh dibuat melalui wakil penjual sah Nokia dan secara atas talian di stor rasmi Nokia Mobile  di Lazada Malaysia ( ditawarkan pada harga istimewa RM 809 untuk tempoh terhad).

Dapatkan pakej bundle eksklusif di semua penjual Nokia yang sah pada harga RM899 yang didatangkan dengan sebuah beg galas, pelindung skrin tempered glass dan sarung pelindung bernilai RM200.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.