Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi telah berjaya menjual 100 juta unit telefon pintar setakat ini

Pada tahun 2018, Xiaomi telah menyasarkan untuk menjual 100 juta unit telefon pintar dan sasaran ini nampaknya telah berjaya dicapai dengan tempoh masih berbaki dua bulan.

Pengasas bersama Xiaomi iaitu Lei Jun telah mengesahkan bahawa unit ke-100 juta telefon pintar Xiaomi yang terjual adalah pada 26 Oktober dan beliau telah mengumumkan perkara in di forum Zhong Guan Cun yang telah berlangsung di China.

Lei Jun juga telah berkata bahawa Xiaomi adalah syarikat yang paling berkembang pesat didalam industri telefon pintar China dan berterima kasih kepada semua staf Xiaomi yang berdedikasi didalam menawarkan inovasi teknologi dan peningkatan kualiti yang berterusan.

Xiaomi telah menjual unit ke-100 juta pada 26 Oktober jam 11.23 malam dan beliau telah memilih untuk mengadakan pengumuman ini di taman sains Zhong Guan Cun yang merupakan tempat tertubuhnya syarikat ini pada tahun 2010.

Dengan masih berbaki dua bulan lagi, kita mungkin menyaksikan penjualan keseluruhan telefon pintar Xiaomi mencecah sehingga 110-120 unit bagi sepanjang tahun 2018.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.