Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MSI secara rasminya memperkenalkan 4 komputer riba terbaru mereka ke pasaran Malaysia

MSI secara rasminya telah melancarkan empat komputer riba terbaru didalam siri MSI Prestige iaitu P65 Creator PC, PS42 Modern, WS65 dan GE75 Raider.

P65 Creator PC 

Komputer riba ini hadir didalam dua kemasan iaitu aluminium perak dan putih mutiara aluminium dengan lapisan emas yang merupakan edisi terhad.

Ianya mempunyai bezel skrin yang nipis iaitu hanya 17.9mm dengan berat hanya 1.88kg.

Panel skrin P65 Creator PC ini adalah skrin berukuran 15.6-inci yang hadir dengan teknologi eksklusif MSI True Color yang menawarkan penghasilan warna hampir 100% sama seperti asal (sRGB).

Berikut adalah spesifikasi P65 Creator PC

P65Edisi Terhad Edisi Silver
Pemproses Intel i7 generasi ke-8Sehingga Intel i7 generasi ke-8
GrafikNvidia GeForce GTX 1070 dengan MaxQ Design, 8GB GDDR5Nvidia GeForce GTX 1060 dengan MaxQ Design, 6GB GDDR5
MemoriDDR4-2666, 2 Slot, maksima 32GBDDR4-2666, 2 Slot, maksima 32GB
InputPapan kekunci backlit warna putih dan sensor capjariPapan kekunci backlit warna putih dan sensor capjari
KomunikasiGigabit Lan + 802.11ac WiFi + Bluetooth 5.0Gigabit Lan + 802.11ac WiFi + Bluetooth 5.0
Bateri4-Sel 82Whr/180W4-Sel 82Whr/180W
HargaRM 9,999RM 7,799

MSI PS42 Modern

Ianya adalah komputer riba kompak dengan skrin paparan 13.0-inci yang mempunyai ketebalan bezel skrin hanya 5.7mm dan dengan nisbah skrin kepada badan 81%.

MSI PS42 ini memiliki dua pilihan pemproses generasi ke-8 Intel iaitu i5 atau i7, penyejukan Cooling Boost 3, bateri 50W yang menawarkan sehingga 10 jam pengunaan dan 4 slot USB.

Harga penjualan adalah seperti berikut :

MSI WS65

Komputer riba WS65 ini hadir dengan skrin paparan 15.6-inci dengan pemproses Intel i9 gen ke-8 dan grafik Nvidia Quadro P4200.

Model WS65 ini adalah 40% lebih pantas berbanding generasi lalu dan ianya turut tampil dengan bateri 82Whr yang menawarkan 8 jam pengunaan.

Harga penjualan adalah seperti berikut :

 

GE75 Raider

Ini adalah komputer riba yang memfokuskan kepada penawaran gaming yang terbaik dan dia memiliki skrin paparan 17.0-inci 144Hz yang mampu menawarkan pengalaman gaming luar biasa.

GE75 Raider ini hadir dengan pemproses generasi ke-8 Intel i7, grafik Nvidia GTX7010 yang dipadankan dengan teknologi penyejukan Cooler Boost 5 dan bateri 6-sel.

Hega penjualan adalah seperti berikut :

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.