Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 6T dilancarkan secara rasmi dengan sensor capjari ultrasonic

Syarikat pengeluar telefon pintar flagship killer OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan generasi kedua OnePlus 6 iaitu OnePlus 6T yang hadir dengan sistem operasi Android 9.0 Pie dan beberapa penambahbaikan.

OnePlus 6T hadir dengan reka bentuk yang sama seperti OnePlus 6 namun sedikit tebal dengan berat yang bertambah.

Ini adalah kerana OnePlus 6T hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin AMOLED berukuran 6.4-inci pada resolusi FHD+ dan dengan nisbah skrin kepada badan 86%.

OnePlus 6 hadir dengan kamera dwi-sensor 16MP + 20MP dengan sokongan OIS. Sensor ini adalah seperti pada OnePlus 6 namun telah ditambahbaik dari segi perisian kameranya.

Kamera ini mampu merakam video 4K pada kadar 60fps, video gerak perlahan 480fps beresolusi 720p (tempoh rakaman 3.75 saat), sokongan smart capture dan mod HDR yang lebih baik.

AI juga telah ditambah baik pada bahagian fotografi OnePlus 6T dan tidak lupa juga kamera hadapan 16MP.

OnePlus 6T juga mengekalkan pengunaan  pemproses Snapdragon 845 yang masih dipadankan dengan dua kapasiti RAM iaitu 6GB ataupun 8GB.

OnePlus 6T ini hadir didalam konfigurasi 6GB/128GB , 8GB/128GB dan 8GB/256GB. Memori simpanan dalaman ini adalah jenis 2-lane UFS 2.1.

OnePlus 6T kini hadir kapasiti bateri yang 20% lebih tinggi kapasiti berbanding OnePlus 6 iaitu bateri 3,700mAh dengan teknologi pengecasan pantas 5V/4A.

OnePlus 6T akan tiba di Malaysia pada 8 November ini dan tempahan kini telah dibuka di Lazada

Berikut adalah harga OnePlus 6T di Malaysia mengikut kapasiti:

OnePlus 6 6GB+128Gb – RM 2,588

OnePlus 6 8GB+128GB –  RM 2,888

OnePlus 6 8GB+256GB –  RM 3,188

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.