Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Mix 3 dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5G dan 10GB RAM

Mi Mix 3 dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5G dan 10GB RAM 1

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Mi Mix 3 yang menampilkan beberapa teknologi yang pertama kali digunakan pada peranti Xiaomi dan juga pertama kali didunia.

Xiaomi Mi Mix 3 hadir dengan skrin paparan AMOLED gergasi berukuran 6.4-inci yang memberikan resolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada badan 93.4%.

Xiaomi Mi Mix 3 juga hadir dengan teknologi kamera slider yang mana ianya mempunyai modus operasi yang sama seperti kamera Oppo Find X namun Xiaomi menggunakannya pada kamera hadapan.

Mi Mix 3 dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5G dan 10GB RAM 2

Ianya adalah teknologi dwi-kamera 24MP + 2MP dimana sensor kamera utama adalah Sony IMX576 yang hadir dengan saiz piksel 1.8µm pda keadaan cahaya malap (resolusi gambar menjadi 6MP sahaja).

Mi Mix 3 dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5G dan 10GB RAM 3 Mi Mix 3 dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5G dan 10GB RAM 4

Selain itu, pada bahagian belakang, Mi Mix hadir dengan reka bentuk kamera konvesional iaiti dua sensor 12MP yang mana sensor biasa hadir dengan aperture f/1.8 manakala sensor telefoto memiliki aperture f/2.4.

Apa yang menarik adalah, Mi MiX 3 turut hadir dengan mod penggambaran waktu malam yang sama seperti ditawarkan oleh Huawei pada P20 Pro yang dikenali sebagai Super Night Mode dan Xiaomi mendakwa hasil gambar mod ini adalah lebih baik pada Mi Mix 3.

Mi MiX 3 juga hadir dengan AI Scene Recognition dan turut hadir dengan rakaman video gerak perlahan pada kadar bingkai 960fps dengan muzik latar belakang auto.

Mi Mix 3 dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5G dan 10GB RAM 5

Dengan modul kamera ini, Mi Mix 3 telah memperoleh 108 mata pada ujian DxOMark bagi gambar manakala mata keseluruhan adalah 103 mata.

Mi Mix 3 dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5G dan 10GB RAM 6

Mi Mix 3 hadir dengan pemproses Snapdragon 845 yang dipadankan dengan 6GB, 8GB atau 10GB RAM dan dua kapasiti memori dalaman iaitu 128GB atau 256GB (tiada slot microSD).

Mi Mix 3 dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5G dan 10GB RAM 7

Mi Mix 3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,200mAh yang turut hadir dengan pengecasan pantas melalui slot USB-C manakala pengecasan tanpa wayar adalah pada kadar 10W

Selain 10GB RAM, Mi Mix 3 juga akan hadir didalam versi yang menyokong rangkaian 5G namun ianya hanya akan memasuki pasaran pada suku pertama 2019 dan pasaran Eropah telah disahkan akan menerima model ini.

Mi Mix 3 akan hadir dengan MIUI 10 dan juga menjadi telefon pintar Xiaomi pertama untuk hadir dengan butang bantuan suara AI yang menyokong bahasa kebangsaan China sahaja.

Mi Mix 3 dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 5G dan 10GB RAM 8

Mi Mix 3 akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hijau jade, biru sapphire dan hitam.

Harga penjualan Mi Mix 3 adalah seperti berikut :

Mi Mix 3 6GB/128GB – CNY 3,299 (RM 1,979)

Mi Mix 3 8GB/128GB – CNY 3,599 (RM 2,159)

Mi Mix 3 8GB/256GB – CNY 3,999 (RM 2,399)

Mi Mix 3 versi 10GB yang dikenali sebagai Forbidden City hadir dengan warna biru dan patung dengan salutan emas didalam kotak dengan harga CNY 4,999 (RM 2,999)

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.