Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Dron DJI Secara Percuma Dengan Pembelian Salah Satu Model Huawei Mate 20 pada 27 dan 28 Oktober

Anda pasti sedia maklum bahawa tempahan siri Huawei Mate 20 telah dibuka sehari selepas pelancaran antarabangsa telefon pintar ini selesai.

Huawei Mate 20 Pro yang merupakan model utama daripada tiga model yang dilancarkan telah pun kehabisan stok didalam masa sehari selepas tempahan dibuka.

Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro dilancarkan secara rasmi

Walaubagaimanapun, Huawei akan mengadakan roadshow siri Huawei Mate 20 yang akan berlangsung pada penghujung minggu ini (27 dan 28 Oktober) di tiga lokasi iaitu Pavilion Kuala Lumpur, Queensbay Mall Pulau Pinang dan AEON Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene

Bagi yang masih belum memiliki mana-mana daripada model Huawei Mate 20 ini, ini mungkin merupakan peluang terbaik untuk anda menjadi antara pengguna terawal telefon pintar terhangat dipasaran ini.

Selain itu, bagi 1,000 pembeli pertama mana-mana model Huawei Mate 20 di Pavillion Kuala Lumpur, anda akan menerima satu unit

Drone DJI Tello bernilai RM 469 secara percuma manakala di lokasi yang lain, hanya 300 pembeli pertama akan menerima hadiah eksklusif ini.

Dr. Shazril Shaharuddin (Dr. Say) akan turut menghadiri roadshow di Pavillion dan akan berkongsi pengalaman menggunakan Huawei Mate 20 Pro.

Huawei Porsche Design Mate 20 RS dengan 8GB RAM dan reka bentuk kulit turut dilancarkan

Bagi anda yang masih belum mengetahui harga penjualan Huawei Mate 20, Huawei Mate 20 Pro dan Huawei Mate 20X anda boleh lihat di sini.

Selain Dron DJI Tello, Pembeli Mate 20 Pro akan menerima pengecas tanpa wayar manakala pembeli Mate 20 akan menerima pembesar suara SoundStone.

Comments

comments