Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kamera Depan Belakang Yang Mantap, Harga Bawah RM1,000, Honor 8X Peranti Kelas Pertengahan Yang Cukup Rasa Masam Manisnya

Saban tahun harga telefon pintar yang ditawarkan di pasaran menunjukkan trend yang menaik khususnya bagi telefon pintar kelas flagship yang amat kompetitif.

Walaubagaimanapun, lain pula ceritaya pada pasaran kelas pertengahan.

Dengan persaingan yang sangat sengit, pengeluar telefon pintar perlu menawarkan telefon pintar yang mempunyai semua kebolehan dan ciri yang ditawarkan pada telefon pintar yang lebih mahal.

Honor telah mengambil cabaran ini sebagai sesuatu yang positif apabila telah melancarkan Honor 8X sebagai antara telefon pintar kelas pertengahan terbaik dipasaran namun masih mampu untuk menawarkanya dengan harga penjualan kurang dari RM 1,000.

Berikut adalah 8 ciri terbaik Honor 8X yang anda tidak akan dapat pada telefon pintar dibawah harga RM 1,000

Skrin paparan 6.5-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91%.

Honor 8X hadir dengan skrin paparan Fullview berukuran 6.5-inci pada rangka peranti dengan skrin 5.5-inci yang memberikan nisbah skrin kepada badan 91% yang merupakan antara yang terbaik didalam pasaran kelas pertengahan.

Telefon ini juga mempunyai teknologi yang dimajukan dan cuba anda tontonvideo yang mempunyai nisbah 21:9 di YouTube untuk melihatsendiri pengalaman filem sudut lebar ultra ini. Ia bermakna andamemiliki skrin yang cukup besar untuk menonton, bermaingame dan skrol pada laman sosial.

Untuk mencapai tahap nisbah ini, Honor 8X hadir dengan bezel bawah skrin hanya 4.2mm dan ianya dicapai dengan pengunaan teknologi Chip On Film (COF) dan reka bentuk antena khas.

Telefon pintar pertama didunia dengan Pensijilan TÜV Rheinland

Bukan lah sesuatu yang rahsia apabila kita mengatakan bahawa cahaya biru yang dikeluarkan oleh skrin paparan telefon pintar akan memberikan kesan jangka panjang pada mata kita.

Honor 8X ini turut hadir dengan dengan mod Eye Comfort yang merupakan hasil kerjasama Honor dan TÜV Rheinland yang berpangkalan di Jerman. Ia adalah telefon pintar pertamadidunia untuk menerima pensijilan cahaya biru rendah daripadaTÜV Rheinland.

Ia akan memberikan keselesaan kepada mata selepas berjam-jam menonton movie dengan mengurangkan pelepasan radiasi lampubiru. Korang boleh set sendiri masa yang sesuai untuk mode Eye Comfort perlu diaktifkan, seperti contoh sejam sebelum tidurmisalnya.