Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 3,499

Asus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming terbaik dipasaran iaitu Asus ROG ke pasaran tempatan sebentar tadi.

Sejak pengumuman telefon pintar ini di Computex 2018 pada bulan Jun yang lalu, Asus ROG merupakan antara telefon pintar gaming yang hangat diperkatakan.

Seperti telefon pintar flagship 2018, Asus ROG Phone hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang telah menerima kelajuan CPU tambahan iaiti sehingga 2.96GHz berbanding kelajuan biasa 2.8GHz dan ditawarkan dengan 8GB RAM dan dua pilihan memori simpanan UFS 2.1 iaitu 128GB dan 512GB.

Selain itu, Asus ROG phone juga hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.0-inci (2160 x 1080p) yang menyokong HDR dan mempunyai nisbah 90Hz yang didakwa sebagai skrin paparan AMOLED paling pantas pada telefon pintar.

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan kombinasi kamera yang 16MP + 12MP dibahagian belakang dan kamera selfie 8MP.

Pada bahagian belakang, Asus ROG phone menempatkan sensor capjari dan logo ROG yang hadir dengan lampu RGB yang boleh diprogram mengikut citarasa anda melalui satu aplikasi yang terbina pada peranti.

Anda juga boleh berkongsi tetapan ini melalui dengan produk yang menyokong Asus Aura Sync iaitu sehingga 5 peranti ROG.

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan tiga slot USB-C iaitu satu dibahagian bawah dan dua dibahagian kiri. 

Tujuan Asus ROG Phone ini memiliki sehingga tiga slot USB-C adalah anda boleh mengecas peranti anda ketika sedang bermain tanpa kable pengecasan menganggu konsentrasi anda. Selain itu, slot ini juga boleh digunakan untuk menghubungkan aksesori tambahan ROG Phone.

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Asus HyperCharge yang mana Asus telah memindahkan cip pengecasan dari peranti kepada adapter bagi mengurangkan kepanasan pada peranti ( pengecasan ke tahap 80% didalam masa sejam).

Selain itu terdapat juga sistem penyejukan yang dikenali sebagai “3D Vapor chamber cooling system” yang meliputi keseluruhan peranti.

Asus ROG Phone ini akan ditawarkan pada harga RM 3,499 bagi versi 8GB RAM + 128GB manakala versi 8GB RAM + 512GB pula hadir dengan RM 3,999.

Anda akan turut menerima aksesori seperti penyejuk AeroActive dan bekas perlindungan peranti yang unik dan eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja.

Pra-Tempahan boleh dibuat melalui wakil penjual  produk Asus iaitu  Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia (dari 22 October sehingga 4 November 2018 dan berpeluang memenangi Pad Gaming GAMEVICE bernilai RM 349).

Asus Malaysia juga telah mengesahkan akan membawa masuk kesemua aksesori ROG Phone ini bulan hadapan dan ianya boleh dibeli secara eksklusif di Lazada (senarai harga aksesori ROG Phone dibawah).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.