Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan bagi komputer riba terbaik daripada Huawei kini dibuka

Selain Siri Huawei Mate 20, Huawei Malaysia juga telah mula membuka tempahan bagi komputer riba Huawei yang baru memasuki Malaysia.

Huawei MateBook X Pro dan Huawei MateBook D telah dibuka untuk tempahan dan Huawei mendakwa ianya merupakan antara komputer riba terbaik di pasaran.

Huawei MateBook D adalah komputer riba yang lebih berpatutan dengan harga penjualan RM 2,999 dan hadir didalam satu konfigurasi sahaja iaitu dengan pemproses i5.

Huawei MateBook X Pro ditawarkan didalam dua konfigurasi iaitu dengan pemproses Intel i5 dan pemproses Intel i7.

Harga penjualan Huawei MateBook X Pro versi i5 adalah RM 4,999 manakala versi i7 hadir dengan harga penjualan RM 6,999.

Selain itu, setiap pra-tempahan Huawei MateBook D atau Huawei MateBook X, anda akan menerima langganan Microsoft 365 Home bernilai RM 365 secara percuma (5 pengguna untuk satu tahun).

Lain-lain hadiah percuma yang akan hadir bersama pembelian komputer riba adalah beg galas Huawei, tetikus Bluetooth dan bekas kulit (hanya dengan pembelian MateBook X Pro).

Tempahan boleh dibuat melalui pautan dibawah ; 

  • HUAWEI MateBook X Pro – SiNi
  • HUAWEI MateBook D – SiNi
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.