Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lifeproof secara rasminya telah melancarkan bekas pelindung iPhone XS, XS MAX dan XR

Lifeproof secara rasminya telah melancarkan bekas pelindung iPhone XS, XS MAX dan XR 1

Didalam masa dua hari sahaja lagi, Apple akan mula membuka tempahan untuk Apple iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS di Malaysia.

Secara jujurnya telefon pintar terbaru daripada Apple ini bukanlah sesuatu yang murah dengan harga penjualan paling rendah adalah bagi model iPhone XR yang mempunyai harga penjualan RM 3,599.

Tempahan Apple iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max akan dibuka 19 Oktober ini dengan harga dari RM 3,599

Kami berpendapat, Apple iPhone XR, iPhone XS mahupun iPhone XS Max mempunyai reka bentuk yang sangat elegan khususnya dengan pengunaan panel kaca dibahagian belakang. Apple mungkin mendakwa ianya adalah panel gelas paling kukuh pernah digunakan pada telefon pintar, namun mempunyai bekas perlindungan yang boleh dipercayai adalah sesuatu yang mesti.

Pembelian bekas perlindungan telefon pintar adalah satu pilihan yang amat mustahak kerana terdapat banyak perkakas yang menawarkan tahap perlindungan yang berbeza mengikut keperluan pembeli.

Lifeproof satu pengeluar bekas telefon pintar yang tidak lagi asing di pasaran telah mengumumkan penawaran produk terbaru mereka bagi Apple iPhone XS dan iPhone XS Max (bekas bagi iPhone XR mungkin akan ditawarkan didalam masa terdekat).

Bekas perlindungan Lifeproof ini hadir dibawah tiga siri iaitu FRE, NEXT, SLAM dan NUUD yang mempunyai tahap perlindungan berbeza-beza.

Lifeproof secara rasminya telah melancarkan bekas pelindung iPhone XS, XS MAX dan XR 2

Siri bekas Lifeproof SLAM menawarkan sisi yang diperkukuh untuk ketahanan yang lebih baik, menahan jatuhan setinggi 2 meter, reka bentuk yang nipis dan mempunyai panel belakang lutsinar yang mendedahkan reka bentuk panel belakang Apple yang cantik.

Bekas Lifeproof SLAM bagi Apple iPhone XS kini ditawarkan pada harga RM 159 sahaja manakala iPhone XR dan iPhone XS Max pula hadir dengan harga penjualan RM 199.

Lifeproof secara rasminya telah melancarkan bekas pelindung iPhone XS, XS MAX dan XR 3

Siri Bekas Lifeproof NEXT ini mempunyai reka bentuk yang lebih kurang sama seperti siri Lifeproof SLAM namun dengan penutup port lightning dan pembesar suara yang menawarkan perlindungan daripada habuk, kotoran, serpihan dan salji.

Bekas Lifeproof NEXT ini hadir dengan harga penjualan RM 245 bagi iPhone XS manakala bagi iPhone XS MAX dan iPhone XR ianya ditawarkan pada harga RM 279.

Lifeproof secara rasminya telah melancarkan bekas pelindung iPhone XS, XS MAX dan XR 4

Siri Bekas Lifeproof FRE adalah bekas perlindungan 360 darjah yang mempunyai semua kebolehan yang ditawarkan oleh kedua-dua bekas Lifeproof diatas dan ditambah dengan kebolehan untuk berada didalam air selama 1 jam pada kedalaman sehingga 2 meter (IP68).

Bekas Lifeproof FRE pula akan hadir dengan harga penjualan RM 309 bagi iPhone XS manakala bagi dua lagi model iPhone iaitu iPhone XS MAX dan iPhone XR akan dijual pada harga RM 339.

Buat masa ini, Lifeproof SLAM dan Lifeproof NEXT telah mula dijual manakala bekas Lifeproof FRE akan mula memasuki pasaran tidak lama lagi.

Maklumat lanjut boleh diketahui di lifeproof.asia

Beli bekas Lifeproof pilihan anda di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.