Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20X tiba di Malaysia 19 Oktober ini dengan harga dari RM 2799

Huawei Mobile secara rasminya telah melancarkan Huawei Mate 20, Huawei Mate 20 Pro dan Huawei Mate 20X lewat malam tadi dan kini harga penjualan dan maklumat tempahan di pasaran Malaysia telah diumumkan.

Huawei akan membawa masuk ketiga-tiga model ini dan ianya akan ditawarkan untuk pra-tempahan dengan harga penjualan dari RM 2,699.

Tempahan bagi ketiga-tiga telefon pintar ini akan dibuka pada 19 Oktober ini sehingga 22 Oktober 2018 di matepreorder.3ex.com.my 

dan setiap pra-tempahan ini akan turut menerima jam Huawei Talk Band B5 bernilai RM 699 dan ganjaran Huawei VIP bernilai sehingga RM 10,000 secara percuma.

Huawei Mate 20 akan mempunyai harga penjualan RM 2,699 dan akan ditawarkan didalam dua warna iatu hitam dan biru.

Huawei Mate 20 Pro pula akan hadir dengan harga penjualan RM 3,599 dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hijau gradiasi, twillight dan hitam.

Huawei Mate 20X pula akan hadir dengan harga penjualan RM3,199 dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru dan perak.

Huawei Malaysia akan turut mengadakan roadshow siri Huawei Mate 20 pada 27 dan 28 Oktober di tiga lokasi seluruh Malaysia iaitu Pavillion Kuala Lumpur, AEON Dato Onn, Johor Bahru dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

tawaran istimewa di roadshow ini adalah percuma DJI Tello bernilai RM 469 dan ganjaran VIP bernilai RM 10,000 secara percuma.

Selain Siri Huawei Mate 20, Huawei akan turut membuka pra-tempahan bagi Huawei Matebook D dan Huawei MateBook X dengan harga penjualan seperti berikut :

Huawei MateBook D – RM 2,699

Huawei MateBook X i5 – RM 4,999

Huawei MateBook i7 – RM 6,999

Tempahan boleh dilakukan di 3ex, Lazada, SenQ dan stor atas talian Huawei dan akan menerima hadiah menarik bernilai sehingga RM 1,000 dan Microsoft 365 Home bernilai RM 359.

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene

Huawei Porsche Design Mate 20 RS dengan 8GB RAM dan reka bentuk kulit turut dilancarkan

Comments

comments