Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene 1

Selain Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro, Huawei turut telah memperkenalkan Huawei Mate 20X dan ianya adalah telefon pintar gergasi dengan saiz skrin berukuran 7.2-inci.

Huawei Mate 20X akan hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 7.2-inci yang memiliki nisbah 18:7:9 dan pemproses Kirin 980 yang turut digunapakai pada Mate 20 dan Mate 20 Pro selain 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro dilancarkan secara rasmi

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene 2

Huawei Mate 20X ini akan turut hadir dengan teknologi penyejukan graphene yang pertama kali digunakan pada telefon pintar. ( menggabungkan penyejukan vapor chamber dan graphene).

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene 3

Huawei Mate 20 Pro akan turut memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang akan juga menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge.

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene 4

Bercakap mengenai kamera pula, Huawei Mate 20X akan hadir dengan teknologi kamera yang sama seperti Mate 20 dan Mate 20 Pro iaitu tetapa tiga kamera Leica generasi baru.

Tiga sensor kamera yang digunakan adalah satu sensor telefoto 8MP, satu sensor lensa lebar 40MP (wide angle) dan satu sensor lensa lebar ultra 20MP (ultra wide angle).

Huawei Mate 20X akan turut hadir dengan pelbagai fungsi penggambaran AI seperti AI video zoom, AI Scene and Object Recognition dan 4D Predict Focus.

Selain itu, antara ciri menarik pada Huawei Mate 20X adalah pengambilan gambar macro yang membolehkan anda mengambil gambar jarak dekat dengan jarak dari objek serendah 2.5 cm sahaja.

Huawei Mate 20X akan turut hadir dengan kamera selfie 24MP yang turut hadir dengan 3D Beaufication yang mampu mengesan 30,000 titik ekspresi muka.

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene 5

Selain itu, Huawei Mate 20X akan turut hadir dengan sokongan stylus yang dikenali sebagai M-Pen dan ianya dilihat akan dijual secara berasingan.

Huawei Mate 20X akan hadir dengan EMUI 9.0 yang berasaskan Android 9.0 Pie dan akan mula memasuki pasaran pada 26 Oktober dengan harga penjualan sekitar RM 4,318 (899 euro).

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene 6

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene 7

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene 8

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene 9

Huawei Mate 20X dilancarkan secara rasmi dengan teknologi penyejukan graphene 10

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.