Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia berjaya menjual 1,000 unit Honor 8X didalam masa 20 minit sahaja

Honor 8X yang telah dilancarkan ke pasaran Malaysia beberapa hari lalu telah mula dijual secara rasmi hari ini dan ianya dilihat mendapat sambutan yang diluar jangkaan.

 

Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa sebanyak 1,000-unit Honor 8X telah disambar oleh pembeli didalam masa 20 minit selepas penjualan dibuka tepat pada 10 pagi tadi.

1,000-unit Honor 8X ini telah habis dijual pada platform Hihonor dan Shopee yang memulakan penjualan hari ini dan pembeli akan turut menerima satu unit Honor Band 3 bernilai RM 119 secara percuma dan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM 500.

Jika anda tidak berjaya membeli Honor 8X yang dijual di Hihonor atau Shopee hari ini, anda tidak perlu risau kerana pada 13 dan 14 Oktober ini, Honor Malaysia akan mengadakan roadshow khas Honor 8X di empat membeli belah terkemuka Malaysia iaitu MyTown Kuala Lumpur, Klang Parade, Prangin Mall Pulau Pinang dan Sutera Mall Johor Baharu.

Promosi yang ditawarkan roadshow yang bermula jam 10 pagi esok adalah seperti pada gambar dibawah

Bercakap sedikit mengenai Honor 8X ini, ianya merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan pemproses Kirin 970 dan ianya memiliki harga penjualan yang sangat berpatutan iaitu hanya RM 949.

Honor 8X juga hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91%, dipadankan dengan 4GB RAM , 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.