Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949

Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949 1

Honor Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Honor 8X ke pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 949 sahaja.

Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949 2

Honor 8X hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci yang memiliki nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 91%. Ianya adalah panel LTPS 19:5:9 yang memiliki kepadatan piksel 379ppi.

Honor 8X merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan pemproses Kirin 710 dan ianya dipadankan dengan 4GB RAM , 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh.

Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949 3

Kamera 8X adalah 20MP f/1.8 + 2MP dibahagian belakang manakala pada bahagian hadapan terdapat kamera 16MP dengan aperture f/2.0

Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949 4

Selain itu, Honor 8X ini akan turut hadir dengan EMUI 8.3 yang berasaskan Android Oreo, GPU Turbo, 4D Smart Shock dan sokongan tiga kad (2 SIM + 1 MicroSD).

5 Fakta yang anda perlu tahu tentang Honor 8X

Honor 8X akan mula dijual pada 12 Oktober ini dengan harga penjualan RM 949 dan majlis pelancaran ini turut telah dihadiri oleh Zizan Razak yang merupakan duta rasmi Honor Malaysia.

Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949 5

Pada 12 Oktober, Penjualan Honor 8X akan bermula di Shopee dan Hihonor dan anda akan menerima Honor Band 3 bernilai RM 119 dan pelbagai hadiah eksklusif yang lain.

Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949 6

Selain itu, Honor Malaysia turut telah mengumumkan roadshow Honor 8X yang akan diadakan pada 13&14 Oktober ini di MyTown Kuala Lumpur, Prangin Mall, Pulau Pinang dan AEON Bukit Indah, Johor Bahru.

Honor 8X

Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949 7Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949 8Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949 9Honor 8X dilancarkan secara rasmi pada harga RM 949 10

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.