Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy J6+ dan Galaxy J4+ kini di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja

Samsung Galaxy J6+ dan Galaxy J4+ kini di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja 1

Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy J4+ dan Galaxy J6+ yang akan memasuki pasaran sebagai telefon pintar kelas pertengahan.

Kedua-dua model Galaxy J ini hadir dengan skrin paparan berukuran 6.0-inci dengan resolusi HD+ 720 x 1480, pemproses quad-core Exynos, bateri berkapasiti 3,300mAh dan hadir dengan UI Samsung berasaskan Android 8.1 Oreo.

Samsung Galaxy J6+ dan Galaxy J4+ kini di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja 2

                   Samsung Galaxy J4+

Samsung Galaxy J4+ hadir dengan dua kapasiti RAM iaitu 2GB atau 3GB yang digandingkan dengan 2 pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB atau 32GB.

Galaxy J6+ pula memiliki 3GB atau 4GB RAM dengan kapasiti memori dalaman 32GB atau 64GB.

Bercakap mengenai kamera, Galaxy J4+ hadir dengan kamera belakang 13MP diikuti kamera selfie 5MP manakala Galaxy J6+ pula memiliki tetapan dwi-kamera 13MP + 5MP dibahagian belakang dan kamera selfie 8MP.

Samsung Galaxy J6+ dan Galaxy J4+ kini di Malaysia dengan harga dari RM 699 sahaja 3

 

Samsung Galaxy J6+

Selain itu, Samsung Galaxy J4+ dan Galaxy J6+ akan memiliki Cat. 4, to 2.4GHz Wi-Fi, Bluetooth 4.2, GPS, GLONASS,BeiDou dan NFC

Galaxy J6+ hadir dengan sensor capjari dibahagian sisi manakala pada Galaxy J4+, sensor capjari hanya ditawarkan mengikut pasaran.

Samsung Galaxy J6+ dan Galaxy J4+ kini boleh dibeli melalui stor rasmi Samsung dan secara atas talian di laman rasmi Samsung pada harga penjualan RM 999 dan RM 699.

Samsung Galaxy J6+ ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, kelabu dan merah manakala Galaxy J4+ juga ditawarkan didalam tiga warna iaitu merah jambu, emas dan hitam.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.