Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

GeekFam membuktikan kehebatan Pocophone F1 sebagai antara telefon pintar gaming terbaik dipasaran.

 

Xiaomi telah mengajurkan malam gaming antara kelab e-sport terkemuka di Malaysia iaitu GeekFam dan rakan media bagi memberikan pendedahan tentang kebolehan sebenar Pocophone F1.

Pocophone F1, telefon pintar terbaru Xiaomi dibawah jenama Pocophone telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 30 Ogos yang lalu dan ianya kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,299.

Pocophone F1 Amoured Edition ditawarkan mulai Malaysia 27 September ini dengan harga penjualan RM 1,599

Bercakap mengenai GeekFam, mereka adalah adalah duta rasmi bagi Pocophone F1 di Malaysia dan ianya telah ditubuhkan pada 2016.

Pada sesi gaming ini, GeekFam telah diwakili oleh dua pasukan e-sport mereka bagi permainan Mobile Legends iaitu ICON dan Mystic Burden.

Pasukan GeekFam ICON ini dianggotai oleh Josh, Syno, ComeToPapa, Ketom and Error dan mereka merupakan antara tiga pasukan terbaik di Malaysia (bagi permainan Mobile Legends).

Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,230 sahaja

Pocophone F1 kini ditawarkan di Malaysia didalam dua versi iaitu 6GB/64GB pada harga RM 1,299 dan 6GB/128GB yang ditawarkan pada harga RM 1,499.

Pocophone F1 ini ditawarkan didalam dua warna iaitu biru dan hitam dan pembelian boleh dibuat di Mi Stor seluruh negara ataupun secara atas talian di Lazada Malaysia.

Jika anda berminat untuk memiliki Pocophone F1 ini, anda mungkin boleh membaca ULASAN : Pocophone F1 – telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.