Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Peranti Xiaomi dari China tidak akan menyokong ROM Global selepas ini

Pasaran telefon pintar import atau AP dari China adalah sesuatu yang besar di Malaysia dan ini membolehkan pengguna di Malaysia memiliki model telefon pintar terkini atau yang eksklusif di China sahaja.

Walaubagaimanapun senario ini dilihat bakal berubah sekurang-kurangnya bagi Xiaomi yang bakal menghalang peralihan ke ROM Global pada model yang dilancarkan untuk pasaran China.

Ini bermaksud anda tidak lagi boleh memuat naik perkhimatan Google Play Services yang tidak disokong di China.

Selepas ini telefon pintar Xiaomi yang dikhususkan ke pasaran China tidak akan boleh beralih kepada ROM Global dan juga sebaliknya.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan bagaimana mekanisma ini akan dikuatkuasakan namun ianya akan dimulakan dengan peranti yang memiliki MIUI 10.

Perkembangan terbaru ini sudah pastinya tidak diterima baik oleh rata-rata pengguna peranti Xiaomi di luar negara namun mengulas mengenai perkara ini, Xiaomi mahu anda memiliki telefon pintar atau produk syarikat ini melalui saluran rasmi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.