Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399

Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 1

Oppo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Oppo F9 didalam warna “starry purple” ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja.

Oppo F9 sebelum ini hadir didalam dua warna gradasi biru dan merah yang boleh diangkat sebagai antara peranti kelas pertengahan paling cantik dipasaran.

Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 2

Oppo F9 ini hadir reka bentuk skrin ‘water drop screen’ yang mana takukan pada skrin ini berbeza daripada apa yang pernah anda lihat dipasaran.

Ianya adalah panel skrin LTPS  TFT 19:5:9 berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080) dan nisbah skrin kepada rangka 90.8%.

Oppo F9 juga hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Selain itu, Oppo F9 turut hadir dengan pemproses Helio P60 dengan pengkhususan kepada tugas AI, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan sokongan kad microSD sehingga 256GB.

Bercakap mengenai bateri pula, Oppo F9 hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh yang disokong dengan pengecasan pantas VOOC yang membolehkan anda mengecas peranti 4 kali lebih pantas berbanding pengecas 5V1A ( 5 minit pengecasan membolehkan anda menikmati dua jam pengunaan).

Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 3

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo F9 memiliki dwi-kamera dibahagian belakang iaitu 16MP + 2MP yang turut hadir dengan sokongan AI dan mod portrait.

Kamera selfie Oppo F9 pula adalah unit 25MP dengan sokongan HDR dan AI Beautification 2.1

Oppo F9 juga memiliki slot audio 3.5mm, slot tri-SIM (dua SIM + satu microSD), Color OS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo dan Google Lens.

Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 4

Oppo F9 didalam warna ungu ini adalah juga hadir didalam versi khas yang tampil dengan kotak khas yang terhasil dengan kerjasama syarikat kosmetik Shiseido ( kotak ini mengandungi satu ginju eksklusif Shiseido dan pass solekan bernilai RM 199).

Oppo F9 Starry Purple dengan kotak Shiseido ini akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada mulai esok 3 Oktober 2018 (dari jam 12 tengahari) pada harga penjualan RM 1,399 dan stok adalah terhad.

Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 5

Bagi anda yang ingin membeli Oppo F9 warna starry purple edisi biasa, anda boleh melakukan pra-tempahan di Kedai konsep Oppo Malaysia, wakil penjual sah Oppo atau melalui rakan penjualan atas talian seperti Senheng, SenQ, Shopee dan 11street.

Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 6

Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 7

Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 8Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 9

Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 10Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 11Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 12Oppo F9 Staryy Purple dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 13

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.