Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max telah dibuka di 11street dengan harga dari RM 3,599

Apple iPhone XS dan iPhone XS Max semakin hampir untuk memasuki pasaran Malaysia dan kini 11street telah mula menawarkan pra-tempahan dua model iPhone ini bersama-sama iPhone XR.

Harus juga kami tekankan disini bahawa kesemua model iPhone yang ditawarkan di 11street (oleh penjual Titanz Online) adalah versi rasmi yang hadir dengan jaminan waranti 12 bulan dari Apple Malaysia.

Tempahan telah dibuka sejak 28 September yang lalu dan boleh ditempah sehingga 26 Oktober 2018 dengan penghantaran akan bermula pada 29 Oktober 2018.

Berikut adalah harga iPhone XS dan iPhone XS Max dan akan ditawarkan didalam tiga warna.

Apple iPhone XS 64GB – RM 4,999

Apple iPhone XS 256GB – RM 5,699

Apple iPhone XS 512GB – RM 6,649

Tempah Apple iPhone XS di SiNi

 

Apple iPhone XS Max 64GB – RM 5,399

Apple iPhone XS Max 256GB – RM 6,099

Apple iPhone XS Max 512GB – RM 7,049

Tempah Apple iPhone XS Max di SiNi

Selain itu, Apple iPhone XR turut telah disenaraikan dan ianya hadir dengan harga seperti berikut :

Apple iPhone XR 64GB – RM 3,599

Apple iPhone XR 128GB – RM 3,849

Apple iPhone XR 256GB – RM 4,299

Tempah Apple iPhone XR di SiNi

Kesemua 6 warna iPhone XR ditawarkan oleh penjual ini dan ianya akan dihantar mulai 28 Oktober 2018.

Anda kini sudah boleh menempah iPhone XS, iPhone XS Max atau iPhone XR pilihan anda melalui pautan yang kami sediakan diatas.

Setiap pembelian Apple iPhone ini juga akan menerima gelas pelindung skrin bernilai RM 99 secara percuma.

Comments

comments