Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MateBook disahkan akan memasuki pasaran Malaysia

Huawei Malaysia hari ini telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk komputer riba MateBook ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Huawei MateBook akan memasuki pasaran Malaysia dengan reputasi sebagai komputer tiba terbaik didunia.

Huawei berkata tujuan mereka melancarkan komputer riba MateBook ini adalah dengan menyedari keadaan pasaran yang tidak menunjukkan pertumbuhan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Huawei MateBook akan hadir dengan reka bentuk skrin sesentuh yang lebih lebar dan pengalaman audio yang lebih imersif untuk pengguna.

Buat masa ini spesifikasi MateBook ini tidak diketahui namun ianya akan hadir dengan pemproses Intel Core i7 generasi ke-8.

Harga dan tarikh penjualan Huawei MateBook di Malaysia masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.