Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Note9 – Jelmaan semula S9 Plus dengan S-Pen Bluetooth

Samsung Galaxy Note 9

ULASAN : Samsung Galaxy Note 9 – Jelmaan semula S9 Plus dengan S-Pen Bluetooth

Pengenalan

Susulan kejayaan Samsung Galaxy Note8 tahun lalu, Samsung mempunyai tugas berat untuk mengulangi pencapaian ini pada generasi terbaru Samsung Galaxy Note ini.

seperti sedia maklum, telefon pintar flagship kedua Samsung bagi tahun ini mewarisi kebanyakkan spesifikasi dalaman dari Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy Note 9 yang telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan bermula dari RM 3,699 sehingga RM 4,599.

ULASAN : Samsung Galaxy Note9 - Jelmaan semula S9 Plus dengan S-Pen Bluetooth 1

Reka Bentuk

Dari segi luaran Samsung Galaxy Note 9 mempunyai reka bentuk yang sama seperti generasi Galaxy Note yang lepas namun dengan skrin paparan, dimensi dan bateri yang lebih besar berbanding Note8.

Pada bahagian hadapan, panel skrin paparan super AMOLED QHD+ Infinity Display berukuran 6.4-inci yang melengkung pada kedua-dua sisi.

Pada bahagian belakang, Samsung Galaxy Note 9 mengekalkan pengunaan panel gelas yang menyokong pengecasan tanpa wayar dan dwi-kamera 12MP dengan fungsi dwi-aperture dan sensor capjari yang lebih ergonomik.

Walaupun memiliki skrin paparan yang lebih besar, Samsung Galaxy Note 9 adalah lebih “pendek” berbanding Galaxy Note8 dengan ukuran dimensi 161.9 x 76.4 x 8.8mm.

Samsung Galaxy Note 9 juga merupakan telefon pintar yang telah menerima pensijilan kalis air dan habuk IP68 termasuk bagi stylus S-Pen.

ULASAN : Samsung Galaxy Note9 - Jelmaan semula S9 Plus dengan S-Pen Bluetooth 2

Skrin paparan

Samsung Galaxy Note 9 ini hadir dengan skrin paparan paling besar pernah ditawarkan pada siri ini iaitu panel Super AMOLED QHD berukuran 6.4-inci yang mana ianya 0.1-inci lebih lebar berbanding Note8.

Skrin paparan yang dimiliki Galaxy Note 9 ini adalah skrin paparan terbaik dipasaran yang mana ianya adalah 27% lebih cerah dan 32% lebih kontras berbanding Note8.

Ianya adalah panel dengan nisbah 18:5:9 yang memiliki resolusi 2960 x 1440 piksel dan dilapisi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Kepadatan piksel skrin Galaxy Note 9 adalah 516ppi dengan nisbah skrin kepada rangka 83.4%.

ULASAN : Samsung Galaxy Note9 - Jelmaan semula S9 Plus dengan S-Pen Bluetooth 3

Prestasi

Dari segi pemprosesan dalaman, Samsung mengekalkan strategi biasa iaitu menawarkan pemproses yang digunakan pada generasi terbaru Galaxy S yang dilancarkan awal tahun ini.

Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan pemproses Snapdragon 845 atau Exynos 9810 yang mana ianya bergantung kepada pasaran dan pengguna tidak mempunyai kebebasan untuk memilih (Malaysia menerima pemproses Exynos 9810).

Walaubagaimanapun pengguna diberikan kebebasan untuk memilih kapasiti RAM dan memori dalaman Samsung Galaxy Note 9 yang anda mahu iaitu antara 6GB atau 8GB RAM dengan memori dalaman 128GB atau 512GB.

Prestasi pada peranti dengan 8GB RAM sudah pasti lebih baik berbanding 6GB RAM.

ULASAN : Samsung Galaxy Note9 - Jelmaan semula S9 Plus dengan S-Pen Bluetooth 4

Kamera

Samsung secara terus membawa tetapan kamera yanh sama seperti yang ditawarkan pada Galaxy S9+ iaitu dengan tetapan dwi-kamera.

Sensor Kamera Samsung ini adalah antara yang terbaik di pasaran dan DxOMark juga telah memberikan 103 mata bagi aspek fotografi telefon pintar ini.

Sensor kamera 12MP + 12MP ini juga menawarkan mod dwi-aperture iaitu f/1.5 dan f/2.4 yang memberikan kualiti gambar mantap pada keadaan cahaya rendah dan waktu biasa.

Pengunaan dwi-kamera juga membolehkan pengzooman optik 2x dan sensor kedua ini turut hadir dengan optik pengstabilan imej.

Selain itu, Samsung Galaxy Note 9 juga hadir dengan kamera selfie 8MP yang buat pertama kali hadir dengan sokongan pemfokusan auto.

Selain itu, penggambilan gambar juga kini boleh dibuat menggunakan butang pada S-Pen yang mana lebih banyak kelebihan stylus ini akan kami perkatakan dibahagian bawah.

ULASAN : Samsung Galaxy Note9 - Jelmaan semula S9 Plus dengan S-Pen Bluetooth 5

Stylus S-Pen

S-Pen pada Galaxy Note 9 boleh dikatakan telah melalui perubahan terbesar didalam sejarah S-Pen yang ditawarkan

S-Pen kini hadir dengan sokongan Bluetooth yang membolehkan anda mengambil gambar dari jarak jauh tanpa perlu menggunakan ‘timer’ dan pengunaan tripod adalah lebih mudah.

Butang S-Pen ini juga boleh digunakan untuk mengubah pengunaan kamera hadapan ataupun belakang dengan dua klik serentak.

Apabila menyebut mengenai Bluetooh anda sudah pasti tertanya-tanya mengenai pengecasan S-Pen ini, ianya akan dilakukan apabila anda memasukkan semula stylus ini pada slot dan anda akan mempunyai 30 minit pengunaan atau 200 klik.

Anda akan menerima notifikasi apabila kapasiti caj pada S-Pen mencapai tahap 15% dan pengecasan penuh stylus ini hanya mengambil masa 40saat.

Walaubagaimanapun, S-Pen masih boleh digunakan untuk tugas seperti lakaran, nota dan banyak lagi walaupun telah kehabisan bateri.

ULASAN : Samsung Galaxy Note9 - Jelmaan semula S9 Plus dengan S-Pen Bluetooth 6

Penutup

Samsung Galaxy Note 9 adalah telefon pintar yang selangkah lebih sempurna berbanding Samsung Galaxy S9 Plus dan perbezaan ketara antara dua model ini adalah S-Pen.

Jika anda adalah pengguna Samsung Galaxy Note8, Galaxy Note 9 mungkin terlalu sama dan pembelian telefon pintar ini tidak kami galakkan.

Walaubagaimanapun jika anda adalah pengguna Galaxy Note6 dan ke bawah, Galaxy Note 9 adalah telefon pintar yang patut anda pertimbangkan.

Samsung Galaxy Note 9 kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 3,699 bagi versi 6GB + 128GB manakala versi 8GB + 512GB ditawarkan pada harga RM 4,599.

Anda boleh beli Samsung Galaxy Note 9 di SINI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.