Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A9 Star Pro akan dilancarkan pada 11 Oktober sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 4 kamera

Samsung Galaxy A9 Star Pro akan dilancarkan pada 11 Oktober sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 4 kamera 1

Samsung sebelum ini telah mengesahkan bahawa bahawa satu majlis Unpacked Samsung akan berlangsung di Malaysia pada 11 Oktober dan ianya akan menyaksikan pelancaran telefon pintar baru didalam siri Galaxy A.

Samsung Galaxy A9 Star Pro akan dilancarkan pada 11 Oktober sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 4 kamera 2

Emel jemputan media memberikan kita teaser bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan “4x Fun” yang pada mulanya dianggap sebagai 4 kamera iaitu 3 dibelakang dan 1 dihadapan.

Sejurus selepas itu, Samsung secara rasminya telah mengumumkan Samsung Galaxy A7(2018) yang merupakan telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan tiga sensor kamera dibelakang.

Walaubagaimanapun, satu khabar angin terbaru mengatakan bahawa Samsung akan membuat kejutan dengan melancarkan telefon pintar pertama didunia dengan 4 kamera dibelakang yang akan turut menawarkan 4x pengzooman optik.

Samsung Galaxy A9 Star Pro akan dilancarkan pada 11 Oktober sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 4 kamera 3

Tetapan kamera yang akan hadir pada telefon pintar Galaxy A ini adalah sensor lensar lebar 120 darjah dengan resolusi 8MP, sensor utama 24MP dan dua sensor telefoto dengan resolusi 10MP dan 5MP.

Telefon pintar Samsung ini dikatakan akan dikenali sebagai Galaxy A9 Star Pro dan akan memiliki skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.28-inci, pemproses Snapdragon 660, Kamera selfie 24MP dan bateri berkapasiti 3,720mAh.

Samsung Galaxy A9 Star Pro akan dilancarkan pada 11 Oktober sebagai telefon pintar pertama didunia dengan 4 kamera 4

 

                 Samsung Galaxy A7(2018)

Selain pelancaran Galaxy A9 Star Pro, Samsung Galaxy A7(2018) dengan tiga kamera  utama akan turut dilancarkan secara rasmi.

Buat masa ini Samsung masih belum mengeluarkan sebarang maklumat rasmi mengenai telefon pintar ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.