Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi melancarkan program ganjaran MyDigi Rewards yang terbesar di Malaysia

Syarikat telekomunikasi Digi secara rasminya telah mengumumkan aplikasi ganjaran terbesar di Malaysia iaitu MyDigi Rewards yang menawarkan pelanggan Digi tawaran dan pengalaman menarik daripada rakan perniaagan yang komprehensif.

MyDigi Rewards yang ditawarkan secara eksklusif melalui aplikasi MyDigi membolehkan kesemua 11.7 juta pelanggan Digi akses kepada pelbagai tawaran dan ganjaran eksklusif yang ditawarkan oleh 500 jenama dan rakan terkemuka di 7,000 lokasi seluruh negara yang meliputi pelbagai kategori seperti F&B, membeli-belah, pelancongan, hiburan, kesihatan dan banyak lagi.

Selain itu, MyDigi Rewards juga mempunyai tahap keahlian yang baru iaitu Kuning, Emas dan Platinum yang mana pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran dan menaik taraf keahlian mereka.

Setiap RM 1 yang dibelanjakan bagi pembayaran bil pelan pascabayar ataupun penambahan nilai bagi prabayar akan diberikan satu mata ganjaran.

Aplikasi MyDigi juga akan mempunyai wajah baru dengan ciri seperti “near me” yang membolehkan pelanggan akses kepada pusat ganjaran yang membolehkan mereka menebus ganjaran kegemaran mereka.

Satu lagi ciri yang boleh diperkatakan adalah “Reward Sneek Peeks” yang membolehkan pelanggan Digi previu tawaran menarik yang akan ditawarkan tidak lama lagi.

Digi juga akan menawarkan tawaran RM 0.99 sen yang menarik sempena pelancaran MyDigi Rewards yang baru.

Selain itu terdapat juga ciri Digi Box of Suprise yang akan menawarkan pengguna tawaran eksklusif khas untuk anda yang meliputi internet percuma, pelan internet pada harga diskaun dan banyak lagi.

Muat turun aplikasi MyDigi dipautan di bawah

MyDigi Apple Store

MyDigi Google Play Store

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.