Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F9 warna ‘Starry Purple’ akan dilancarkan pada 2 Oktober 2018

Oppo F9 telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Ogos yang lalu dengan harga penjualan RM 1,399 dan Oppo Malaysia kini sudah bersedia untuk menawarkan warna baru bagi telefon pintar ini.

Oppo F9 sebelum ini hadir didalam dua warna gradasi biru dan merah yang boleh diangkat sebagai antara peranti kelas pertengahan paling cantik dipasaran.

Walaubagaimanapun, Oppo Malaysia kini telah mengesahkan bahawa Oppo F9 didalam warna ungu gradasi atau starry purple yang akan turut didatangkan didalam kotak hadiah edisi khas.

Pelancaran rasmi Oppo F9 ini akan berlangsung pada 2 Oktober 2018 dan kami akan berada disana untuk memberikan anda maklumat harga dan apa yang akan didatangkan bersama-sama Oppo F9 ini. 

Spesifikasi penuh Oppo F9 boleh anda baca di SiNi 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.