Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Freebuds 2 Pro akan turut dilancarkan bersama Huawei Mate 20

Huawei Freebuds 2 Pro akan turut dilancarkan bersama Huawei Mate 20 1

Pelancaran Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro telah ditetapkan pada 16 Oktober yang akan menjadikan telefon pintar ini sebagai telefon pintar Android pertama didunia untuk hadir dengan pemproses 7nm iaitu Kirin 980.

Selain Mate 20 dan Mate 20 Pro, sudah pasti akan ada kejutan yang akan turut menghiasi pelancaran telefon pintar terbaru siri Mate ini.

Peranti audio tanpa wayar kini sudah menjadi ekosistem yang penting didalam pasaran telefon pintar dan menyedari hal ini, Huawei dilaporkan akan memperkenalkan pencabar terbaru Apple AirPods.

Ianya akan dikenali sebagai Huawei Freebuds 2 Pro dan akan mempunyai reka bentuk yang sama seperti Apple AirPods.

Huawei Freebuds 2 Pro akan turut dilancarkan bersama Huawei Mate 20 2

Berdasarkan maklumat dari Slashleaks, Pengecasan Huawei Freebuds 2 Pro ini dilihat boleh dilakukan tanpa wayar samada pada pad pengecasan dan lebih menarik turut boleh dicaj menggunakan Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat harga Huawei Freebuds 2 Pro ini diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.