Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Max 3 dan Mi Band 3 kini di Malaysia

 

Phablet gergasi Xiaomi Mi Max 3 kini telah muka ditawarkan di Malaysia bersama-sama Mi Band 3.

Xiaomi Mi Max 3 adalah peranti yang memiliki skrin paparan FHD+ berukuran 6.9-inci dengan nisbah 18:9.

Selain itu, Mi Max 3 hadir dengan pemproses 8-teras Qualcomm Snapdragon 636 yang berkelajuan 1.8GHz, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4GB + 64GB dan 6GB + 128GB, dan bateri berkapasiti 5,500mAh.

Kebanyakkan spesifikasi Mi Max 3 adalah sama seperti Redmi Note 5 manakala reka bentuk luaran boleh dikatakan seperti Mi 6X.

Beralih kepada kamera, Mi Max 3 hadir dengan tetapan dwi-kamera 12MP f/1.9 dan PDAF bagi sensor utama manakala kamera 5MP memiliki f/2.0 khusus untuk pengambilan gambar portrait. Kamera selfie Mi Max 3 adalah 8MP.

Mi Max 3 hadir dengan MIUI 9.5 yang berasaskan Android 8.1 Oreo, Dwi VoLTE, Wi-FI 802.11ac, Bluetooth 5.0, slot USB-C dan slot audio 3.5mm.

Xiaomi Mi Max 3 ini mempunyai ukuran dimensi 176.15 x 87.4 x 7.99 mm dengan berat 221gram dan akan ditawarkan didalam satu warna sahaja iaitu hitam.

Xiaomi Mi Max 3 akan ditawarkan mulai 27 September dengan harga penjualan RM 1,099 iaitu bagi versi 4GB/64GB.

 Bercakap mengenai Mi Band 3 pula, ianya hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 0.78-inci, dengan reka bentuk unibodi dan anda kini boleh berenang menggunakanya kerana ianya mempunyai tahap kekalisan air 5ATM.

Seperti Mi Max 3, Mi Band 3 juga akan dijual melalui 27 September ini pada harga penjualan RM 129 sahaja.

Pembelian Mi Max 3 dan Mi Band 3 boleh dibuat di stor fizikal Mi Store Malaysia, Lazada dan Shopee.

Comments

comments