Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A7(2018) dengan teknologi tiga kamera diumumkan secara rasmi

Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar mereka dengan sensor tiga kamera belakang dan lebih mengejutkan ianya bukan lah sebahagian daripada telefon pintar kelas flagship.

Telefon pintar pertama Samsung dengan tiga kamera ini adalah dari keluarga siri Galaxy A dan ianya dikenali sebagai Samsung Galaxy A7 (2018).

Bercakap mengenai kamera utama Samsung Galaxy A7 (2018) ianya mempunyai sensor utama 24MP f/1.7 + 5MP f/2.2 dan sensor lensa lebar 8MP f/2.4 yang mempunyai FOV 120 darjah.

Selain itu, Samsung Galaxy A7 (2018) ini juga hadir dengan tetapan kamera selfie 24MP dengan aperture f/2.0.

Bercakap mengenai spesifikasi lain Galaxy A7 (2018) ini, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses 8-teras Exynos dan hadir didalam tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4GB/64GB, 4GB/128GB atau 6GB/128GB.

Selain itu, Samsung Galaxy A7(2017) akan turut hadir dengan sensor capjari dibahagian sisi (pada butang kuasa), bateri berkapasiti 3,300mAh dan UI Samsung Experience yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

Samsung Galaxy A7(2018) ini akan hadir didalam empat warna iaitu hitam, biru, emas dan merah jambu.

Pelancaran global Samsung Galaxy A7(2018) akan diadakan di Malaysia pada 11 Oktober ini dan nantikan maklumat harga telefon pintar ini.

Comments

comments