Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ratusan Orang Beratur Semalaman Untuk Membeli iPhone XS dan iPhone XS Max di Singapura

Ratusan Orang Beratur Semalaman Untuk Membeli iPhone XS dan iPhone XS Max di Singapura 1

Penjualan Apple iPhone XS dan XS Max akan bermula secara rasmi hari ini selepas tempahan dibuka minggu lalu.

Apple iPhone XS dan iPhone XS Max dilancarkan secara rasmi

Antara pasaran yang akan mula menawarkan Apple iPhone XS dan iPhone XS Max mulai jam 8 pagi ini adalah Singapura dan barisan yang beratur untuk memiliki telefon pintar ini adalah terlalu panjang dan telah bermula sejak tengahari semalam.

Ratusan Orang Beratur Semalaman Untuk Membeli iPhone XS dan iPhone XS Max di Singapura 2

Walaupun hanya dikatakan sebagai kemaksini minima berbanding generasi lalu, sambutan Apple iPhone XS dan iPhone XS Max di Singapura kukuh.

Rata-rata bakal pembeli yang beratur dilihat akan membeli Apple iPhone XS Max yang memiliki skrin paparan yang paling besar pernah ditawarkan bagi iPhone.

Ratusan Orang Beratur Semalaman Untuk Membeli iPhone XS dan iPhone XS Max di Singapura 3

Bagi kita di Malaysia, Apple iPhone XS dan iPhone XS Max dijangka akan memasuki pasaran sekitar pertengahan bulan Oktober dan terdapat kemungkinan iPhone XR ditawarkan serentak.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.