Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei meraikan ulangtahun ke-60 Balai Seni Negara dengan lukisan digital pada MediaPad M5 Pro

Huawei dengan kerjasama Balai Seni Negara telah mengadakan satu bengkel seni digital yang menunjukkan keindahan Malaysia melalui seni lukisan doodles menggunakan Huawei MediaPad M5 Pro.

Intiatif ini adalah sebahagian daripada kempen Huawei “Capture the Beauty in Malaysia” yang diadakan sempena sambutan hari Malaysia.

Dengan MediaPad M5 Pro, pelukis atau artis boleh menterjemahkan idea mereka pada tablet ini dimana sahaja mereka berada dan dengan Stylus yang ditawarkan bersama-sama tablet ini, keperluan artistik bagi seorang pelukis cukup lengkap dengan MediaPad M5 Pro ini.

Pameranpameran menarik di Balai Seni    Negara

Kerjasama ini juga lebih istimewa khususnya kerana ini adalah ulang tahun ke-60 penubuhan Balai Seni Negara dan Huawei telah menghadiakan satu lukisan digital yang telah dibuat oleh Chong Fei Giap menggunakan tablet MediaPad M5 Pro.

Huawei MediaPad M5 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899 manakala MediaPad M5 pula ditawarkan pada harga RM 1,499 sahaja.

Huawei MediaPad M5 Pro dan MediaPad M5 kini di Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.