Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Pocophone F1 – telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 1

Pendahuluan

Sejak pelancaran OnePlus beberapa tahun lalu, tidak pernah ada perhatian yang sangat tinggi bagi satu model telefon pintar yang merupakan nama baru didalam pasaran yang didominasi oleh gergasi seperti Samsung, Apple dan Huawei.

Walaubagaimanapun Pocophone mempunyai resepi yang baik untuk memastikan model pertama mereka iaitu Pocophone F1 mampu memberikan telefon pintar kelas flagship premium yang lain cabaran yang tidak mereka jangkakan.

Pocophone F1 yang dikeluarkan dengan kerjasama Xiaomi hadir ke pasaran dunia dengan taruhan spesifikasi kelas flagship pada harga yang sangat berpatutan sekaligus membolehkan kami memanggil telefon pintar ini sebagai model ‘flagship killer’.

Pocophone F1 “master of speed” ini kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,237 dan ini adalah ulasan komprehensif Pocophone F1.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 2

Reka bentuk

Walaupun hadir dengan kerjasama Xiaomi, Pocophone F1 secara kasarnya dilihat tidak mewarisi DNA model Xiaomi namun pengunaan panel belakang berasaskan plastik adalah antara kekurangan telefon pintar ini.

Bercakap mengenai panel hadapan terlebih dahulu, Pocophone F1 memiliki reka bentuk hadapan yang popular di pasaran pada tahun ini iaitu dengan skrin yang mempunyai takukan.

Selain itu, bezel dibawah skrin Pocophone F1 ini lebih besar namun panel bawah ini menempatkan lampu notifikasi LED.

Panel belakang Pocophone F1 menyaksikan kamera peranti ini diletakkan dibahagian tengah dengan potongan berwarna hitam untuk modul kamera dan sensor capjari.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 3

Selain itu, kedua-dua sensor kamera Pocophone F1 ini juga memiliki gelung berwarna merah yang menambahkan sedikit profil premium telefon pintar ini.

Pengunaan panel plastik pada Pocophone F1 mencacatkan sikit telefon pintar yang mengagumkan ini namun ianya tidak licin seperti panel belakang gelas.

Pocophone F1 hadir dengan ukuran dimensi 115.5mm x 75.2mm dan ketebalan 8.8mm dengan berat keseluruhan 182gram.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 4

Skrin paparan

Pocophone F1 hadir dengan panel skrin paparan hadapan yang sangat terang dan pemproduksi semula warna adalah sangat tepat.

Ianya adalah skrin paparan IPS berukuran 6.13-inci dengan nisbah 18:7:9 yang membawakan resolusi skrin 2246 x 1080p (Full HD+) dengan kepadatan piksel 403ppi.

Skrin paparan ini turut dilapisi oleh gelas keselamatan Corning Gorilla Glass namun tidak diketahui ianya generasi yang mana.

Skrin paparan ini hadir dengan mod Sunlight, mod malam dan mod bacaan namun ianya tidak hadir dengan mod skrin ‘always on’.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 5

Prestasi Dalaman

Pocophone F1 adalah telefon pintar kelas flagship yang mana syarat pertama untuk dikelaskan dalam kategori elit ini adalah dengan pengunaan cip pemproses terbaik dipasaran.

Pocophone F1 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang dipadankan dengan dua pilihan RAM iaitu 6GB dan 8GB.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 6

Selain itu, Snapdragon 845 ini juga memiliki cip AIE 845 yang menawarkan 300% peningkatan prestasi bagi tugas AI berbanding pemproses Snapdragon 835.

Tugas grafik Pocophone F1 akan dikendalikan oleh GPU Adreno 630 yang 30% lebih baik berbanding Adreno 540.

Berdasarkan pengunaan kami, Pocophone F1 adalah antara peranti dengan waktu tindak balas yang sangat pantas dan segala-gala tugas yang dilakukan oleh telefon pintar adalah sangat lancar dan selesai didalam masa yang sangat singkat.

Gelaran “master of speed” bagi Pocophone F1 memang sesuai dengan kemampuan telefon pintar ini dan kelajuan operasi ekosistem telefon pintar ini adalah lebih baik daripada model-model premium seperti Apple iPhone X dan Samsung Galaxy Note9.

Selain itu, terdapat tiga kapasiti storan dalaman Pocophone F1 iaitu 64GB,128GB dan 256GB dan ianya adalah jenis storan UFS 2.1.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 7

UI yang digunakan Pocophone F1 adalah Poco UI yang dibangunkan oleh Xiaomi dan ianya berasaskan MIUI 9 (Android Oreo).

Satu ciri yang saya suka adalah pembahagian aplikasi secara automatik dan antara kategori adalah entertainment , photography , shopping, tools, lifestyle dan communication.

Pocophone F1 juga hadir dengan aplikasi Microsoft Excel, Microsoft Word, PowerPoint dan Outlook yang memudahkan lagi kerja-kerja rasmi pengguna.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 8

Bagi pengalaman gaming pula, Pocophone F1 hadir dengan teknologi penyejukan peranti yang dikenali sebagai LiquidCool dan ianya berfungsi dengan memindahkan haba yang dikeluarkan oleh pemproses ke bahagian yang lain dan ini membolehkan prestasi peranti ketika gaming adalah konsisten.

Pocophone F1 juga hadir dengan sensor infra merah dibahagian hadapan khusus untuk penawaran face unlock dan Ianya boleh mengesan wajah anda tanpa sebarang masalah walaupun pada keadaan yang gelap gelita.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 9

Sensor pengesan wajah ini adalah pantas dan ianya dilihat setaraf dengan teknologi FaceID Apple iPhone X.

Anda hanya perlu mengangkat peranti ke atas untuk mengaktifkan peranti atau melakukan dua ketukan pada skrin (dikenali sebagai “Raise to wake” dan “tap to wake”).

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 3

Kamera

Bahagian kamera Pocophone F1 telah menyaksikan peranti ini kembali menyembah bumi.

Prestasi kamera belakang Pocophone F1 ini sedikit tidak konsisten khususnya ketika keadaan cahaya yang mencabar ataupun rendah.

Kombinasi kamera 12MP + 5MP adalah sesuatu yang baik dan ianya terbukti apabila gambar-gambar yang diambil oleh Pocophone F1 pada keadaan cahaya sempurna berjaya membuatkan kami kagum.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 11

Mod portrait Pocophone F1 juga hampir sempurna namun jarak kamera dengan objek yang mesti mencukupi sebelum gambar diambil kadang-kadang menyakitkan hati ( perlu menunggu ikon portrait menjadi putih untuk mendapatkan hasil portrait yang baik).

Gambar portrait boleh diambil menggunakan kamera belakang dan juga hadapan yang hadir dengan kesan kecantikan.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 12

Kamera selfie Pocophone F1 adalah unit 20MP dengan teknologi SuperPixel dan AI portrait.

Hasil gambar selfie melalui kamera hadapan adalah antara aspek Pocophone F1 yang wajar diberikan pujian.

Gambar selfie juga tidak terlalu kelihatan palsu dengan penambahan kecantikan yang sesuai dan tidak keterlaluan.

Pocophone F1 juga mampu merakam video 4K atau 1080p pada kadar 30fps sahaja dengan pengstabilan video EIS.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 13

Penutup

Dengan kerjasama Xiaomi, Pocophone F1 hadir sebagai telefon pintar flagship killer dengan tumpuan yang diterima adalah sama seperti ketika OnePlus One mula memasuki pasaran dunia beberapa tahun lalu.

Secara jujurnya, Pocophone F1 langsung tidak mengecewakan kami dan dengan kelajuan operasi dan pengunaan yang sangat lancar, kami percaya Pocophone F1 mempunyai resepi yang cukup untuk berjaya dipasaran telefon pintar dunia.

Pocophone F1 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 bagi versi 6GB + 64GB manakala versi 64GB + 128GB pula ditawarkan pada harga RM 1,499 (boleh dibeli melalui stor fizikal Xiaomi).

Buat masa ini, versi 8GB RAM tidak ditawarkan di Malaysia dan jika versi ini memasuki pasaran tempatan, kami percaya ianya juga akan mendapat samhutan yang menggalakan.

Anda boleh beli Pocophone di SINI.

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 14

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 15

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 16

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 17

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 18

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 19

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 20

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 21

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 22

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 23

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 24

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 25

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 26

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 27

ULASAN : Pocophone F1 - telefon pintar flagship killer 2018 yang terbaik 28

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.