Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019 1

Touch n Go secara rasminya telah mengesahkan bahawa era kad Touch n Go sudah sampai ke kemuncaknya dan waktu untuk beralih kepada teknologi yang lebih baik sudah tiba.

RFID atau Radio Frequency Identification akan mula digunakan sebagai alternatif untuk pembayaran tol di lebuhraya-lebuhraya utama di Malaysia mulai Januari 2019.

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019 2

Sebagai permulaan, 100,000 pengguna terawal RFID telah disenarai pendek ( pemasangan RFID untuk kumpulan ini dijangka selesai penghujung tahun ini) untuk ujian percubaan sebelum pelancaran rasmi dan ketika ini 16 lebuhraya telah mula mempunyai tol RFID (terdapat 5 pusat pemasangan RFID dan lebih banyak akan ditambah dari semasa ke semasa).

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019 3

Dua jenis tag RFID yang akan digunakan

Setiap pelekat RFID yang dilekatkan pada kereta anda mempunyai keunikan tersendiri dan tambah nilai akaun ini boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi Touch n Go e-wallet.

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019 4

Selain itu, setiap pengguna juga boleh mendaftar beberapa kereta dengan tag RFID ini pada satu e-akaun dan setiap satu akan mempunyai tag RFID yang unik.

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019 5

Mengulas mengenai kekurangan baki ketika melalui tol, anda akan melalui tol ini tanpa sebarang masalah namun akan nilai yang perlu dibayar akan ditolak selepas penambahnilai dibuat ( terhad kepada satu kali sahaja dan ciri ini hanya akan mula ditawarkan selepas selesai program ujian ini, buat masa ini akan memaparkan “baki kurang” pada paparan tol RFID).

Maklumat lanjut mengenai RFID ini boleh anda ketahui di laman mikro di sini > Touch n Go RFID

proses pemasangan RFID :

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019 6

Pelekat RFID yang unik diletakkan di lampu hadapan kereta

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019 7

Frekuensi disemak sebelum dan selepas pelekat RFID dilakukan

Pengaktifan akan dibuat didalam masa 24 jam selepas proses pemasangan selesai dan anda akan menerima SMS ataupun boleh menyemak di aplikasi TouchnGo.

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019 8

5 pusat pemasangan RFID yang beroperasi sekarang

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019 9

Trak Pemasangan yang akan mula digerakkan tidak lama lagi

Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019 10

Cara menghubungi TNG jika menghadapi sebarang masalah dengan RFID

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.