Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P20 Pro didalam warna pearl white kini ditawarkan di Malaysia

Huawei Malaysia telah mengumumkan beberapa warna baru bagi Huawei P20 Pro di IFA Berlin 2018 awal bulan ini.

Dua warna baru Huawei P20 Pro yang diumumkan adalah warna biru hitam gradasi ( Blue Morpho) dan putih mutiara (Pearl White).

Huawei Malaysia kini telah mengumumkan bahawa Huawei P20 Pro didalam warna putih mutiara ini kini ditawarkan untuk pra-tempahan dengan harga penjualan RM 2,949 termasuk SST.

Edisi terhad Huawei P20 Pro ini hadir dengan kupon aksesori bernilai RM 150, kad VIP Huawei P20 Series dan stik selfie Huawei CF33 Moonlight.

Selain itu, eksklusif bagi pelanggan Astro, anda juga boleh menebus kupon diskaun RM 200 dengan 200 mata Astro Circle yang menjadikan harga akhir Huawei P20 Pro hanya RM 2,749.

Tebus kupon RM 200 dari Astro di SiNi 

Berikut adalah cara pengunaan kupon RM 200 ini.

Maklumat lanjut di laman sesawang rasmi Huawei Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.